
Hospital Melaka rayu orang ramai tampil derma darah
MELAKA, 10 Ogos – Jabatan Perubatan Transfusi, Hospital Melaka merayu orang ramai yang memiliki darah jenis O, A, B dan AB untuk tampil menderma darah ke hospital itu bagi memastikan bekalan mencukupi untuk keperluan pesakit.
Jabatan itu menerusi kenyataannya memaklumkan penderma darah boleh hadir ke Hospital Melaka pada Isnin hingga Jumaat bermula pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang, manakala pada Sabtu bermula dari pukul 11 pagi hingga 4.00 petang.
“Program derma darah turut diadakan di beberapa lokasi lain termasuk di pusat beli-belah KIPMall Bachang esok, Wisma Persekutuan, Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC) pada 12 Ogos dan Syarikat Air Melaka Berhad, Jalan Hang Tuah pada 13 Ogos.
“Keprihatinan dan sumbangan anda dalam membantu kami mengekalkan bekalan darah untuk pesakit amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih,” menurut kenyataan itu.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat berhubung jadual bergerak bagi program derma darah di Facebook rasmi jabatan itu iaitu ‘melakabloodbank’ atau hubungi 06-2892873. – BERNAMA
Views:
Related

Berita Lain
BECA JADI ‘DUTA’ WRUR BANDA HILIR
BANDA HILIR 31 Mei - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Banda Hilir membuka tirai dengan...
PLATFORM MEDIA SOSIAL WAJIB PATUHI KOD BAHARU MULAI ESOK
BANDA HILIR 31 Mei – Penyedia platform media sosial yang mempunyai lebih lapan juta pengguna di Malaysia diwajibkan mematuhi Kod...
PENDIDIKAN MAMPU UBAH BUDAYA NEGATIF ‘E-SPORTS’
PENGKALAN BATU 31 Mei - Budaya negatif dalam sukan elektronik atau e-sukan mampu ditangani menerusi pendidikan bersesuaian yang diperkenalkan seawal...
LEBIH 10,000 ‘RIUH RIA’ DI BANDA HILIR
BANDA HILIR 31 Mei - Penganjuran program Riuh Ria @ Banda Hilir Melaka yang julung kali diadakan berjaya merekodkan kehadiran...
MELAKA TAK PERNAH SUNYI DENGAN PROGRAM PELANCONGAN
BANDA HILIR 31 Mei - Sektor pelancongan Melaka terus riuh dengan pelbagai program pelancongan yang diadakan hampir setiap minggu sepanjang...
WINGS AIR ‘KEMBALI’ KE MELAKA, TAWAR PENERBANGAN 3 KALI SEMINGGU
BANDA HILIR 31 Mei - Penerbangan terus dari Pekanbaru, Indonesia ke Melaka akan kembali beroperasi mulai 10 Jun ini apabila...

