
Hospital Melaka rayu orang ramai tampil derma darah
MELAKA, 10 Ogos – Jabatan Perubatan Transfusi, Hospital Melaka merayu orang ramai yang memiliki darah jenis O, A, B dan AB untuk tampil menderma darah ke hospital itu bagi memastikan bekalan mencukupi untuk keperluan pesakit.
Jabatan itu menerusi kenyataannya memaklumkan penderma darah boleh hadir ke Hospital Melaka pada Isnin hingga Jumaat bermula pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang, manakala pada Sabtu bermula dari pukul 11 pagi hingga 4.00 petang.
“Program derma darah turut diadakan di beberapa lokasi lain termasuk di pusat beli-belah KIPMall Bachang esok, Wisma Persekutuan, Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC) pada 12 Ogos dan Syarikat Air Melaka Berhad, Jalan Hang Tuah pada 13 Ogos.
“Keprihatinan dan sumbangan anda dalam membantu kami mengekalkan bekalan darah untuk pesakit amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih,” menurut kenyataan itu.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat berhubung jadual bergerak bagi program derma darah di Facebook rasmi jabatan itu iaitu ‘melakabloodbank’ atau hubungi 06-2892873. – BERNAMA
Views:
Related

Berita Lain
PRN MELAKA: 70 TAHUN SETIA KAWAN, AB RAUF MAHU MCA MENANG DI KLEBANG
KLEBANG 1 November - Sejarah kerjasama lebih 70 tahun antara UMNO dan MCA perlu terus dipertahankan menerusi semangat setia kawan,...
PRN MELAKA: REKOD LIMA TAHUN PENTADBIRAN MODAL KEMPEN BN
TELOK MAS 1 November - Rekod pencapaian dan khidmat kepada rakyat sepanjang lima tahun mentadbir Melaka menjadi taruhan utama Barisan...
PANTAI KUNDOR MENITI GELOMBANG EKONOMI BAHARU, NASIB NELAYAN TERUS DIBELA
PANTAI KUNDOR 1 November - Kawasan Pantai Kundor berpotensi menjadi hab ekonomi biru baharu Melaka menerusi pembangunan merangkumi aktiviti pelabuhan,...
TOK RAUF JADI KETUA MENTERI BOLEH, JADI PENGACARA MAJLIS PUN BOLEH
KLEBANG 1 November - Bukan sahaja menerajui pentadbiran negeri, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh juga boleh...
RM200 JUTA PERKASA PENDIDIKAN, 140,000 ANAK MELAKA TERIMA MANFAAT
AYER KEROH 1 November - Kerajaan Negeri memperuntukkan lebih RM200 juta dalam tempoh tiga tahun bagi melaksanakan pelbagai inisiatif pendidikan...
VR, TEKNOLOGI KITAR SEMULA ANTARA INOVASI 62 HAK CIPTA MUCM
BUKIT KATIL 1 November - Aplikasi pembelajaran berasaskan Realiti Maya (VR) secara gamifikasi serta inovasi teknologi kelestarian alam antara hasil...

