
Hospital Melaka terima 10 unit mesin oksigen
AYER KEROH 25 Ogos – Sebanyak 10 unit mesin oksigen telah disumbangkan Persatuan Che Chiang Khor Moral Uplifting Melaka untuk kegunaan pesakit COVID-19 di Hospital Melaka.
Mesin oksigen tersebut telah disampaikan wakil persatuan, Datuk Wira Calvin Lee yang disaksikan Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali di kediamannya di Seri Bendahara, hari ini.
Sulaiman kemudiannya menyempurnakan simbolik penyerahan mesin oksigen berkenaan kepada Exco Kesihatan, Datuk Rahmad Mariman.
Sulaiman dalam satu kenyataan di laman Facebook turut mengalu-alukan sebarang sumbangan dan kerjasama daripada pelbagai pihak dalam membantu kerajaan negeri mendepani pandemik COVID-19.
“Kerajaan Negeri Melaka terus mengalu-alukan sebarang bentuk sumbangan dan kerjasama daripada pelbagai agensi, syarikat serta persatuan untuk menyumbang, sekali gus bersama-sama menangani pandemik COVID-19,” katanya.
Majlis penyerahan itu turut dihadiri Senator Datuk Lim Ban Hong dan Pemangku Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM), Dr Rusdi Abdul Rahman.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MFH SALUR RM54.5 JUTA BANTU RAKYAT MELAKA MILIKI KEDIAMAN
BANDARAYA MELAKA 21 Mei - Sebanyak RM54.5 juta telah diluluskan oleh Melaka Finance House Berhad (MFH) bagi pembiayaan pinjaman di...
SELEWENG ‘FLEET CARD’ 4 LELAKI DITAHAN KPDN
AYER KEROH 21 Mei - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka menahan empat lelaki selepas dipercayai...
CAT PANTULAN HABA TANGANI ‘BAHANG’ FLAT PERUMAHAN AWAM
PENGKALAN BATU 21 Mei - Lebih 2,000 penduduk Rumah Pangsa Pantai Peringgit di sini, menerima manfaat daripada inisiatif daya tahan...
ANUGERAH USAHAWAN MELAKA KEMBALI, 10 KATEGORI DIPERTANDINGKAN
KESIDANG 21 Mei - Pencalonan bagi Anugerah Usahawan Negeri Melaka (AUNM) 2026 kini dibuka kepada semua usahawan tempatan yang berpotensi...
MELAKA SUMBANG 92 EKOR LEMBU KORBAN SEMPENA AIDILADHA
TANJUNG BIDARA 21 Mei - Kerajaan Negeri menyumbangkan 92 ekor lembu bagi memeriahkan lagi ibadah korban di Melaka bersempena sambutan...
KETUA MENTERI, ISTERI BERLEPAS KE TANAH SUCI
TANJUNG BIDARA 21 Mei - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, bersama isteri Datin Seri Utama Datuk Wira...
