Hujan lebat, air pasang berlaku serentak punca banjir

Masa Membaca:1 Minit, 24 Saat

AYER KEROH 17 Mei. – Kenaikan air mendadak di kolam tebatan disebabkan hujan lebat dan air pasang berlaku serentak menjadi punca banjir berlaku di beberapa kawasan di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Daerah, Luar Bandar, Pengurusan Banjir dan Teknologi Hijau negeri Datuk Seri Idris Haron berkata, insiden tahunan yang berlaku itu disebabkan dua fenomena yang berlaku serentak membuatkan air terperangkap di daratan menjadikan punca banjir.

PENGERUSI Jawatankuasa Pembangunan Daerah, Luar Bandar dan Pengurusan Banjir negeri, Datuk Seri Utama Idris Haron. gambar fail

“Hari ini Melaka menerima taburan hujan yang sangat lebat di lembangan Sungai Melaka dan Sungai Malim menjadikan kolam tadahan Sungai Putat dan Sungai Ayer Salak penuh dan melimpah ke kawasan penempatan rendah.

“Kami juga mengesan sistem penggera yang dipasang di kawasan itu turut menghadapi isu teknikal.

“Perkara ini biasa berlaku pada tahun tahun sebelum ini dan tahun lepas ia berlaku di Duyong, namun hari ini ia berlaku Sungai Putat,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

ANGGOTA JBPM Melaka melakukan operasi menyelamat mangsa menggunakan bot di Taman Bukit Beruang Utama. Foto Ihsan JBPM Melaka

Mengulas lanjut katanya, setakat ini pihaknya menerima laporan 33 komuniti kediaman di seluruh negeri terjejas akibat hujan lebat yang melanda sejak 5 pagi tadi.

“Setakat ini ketinggian air yang direkodkan di kawasan terbabit antara 150 hingga 1,200 milimeter membabitkan 3,395 hektar keluasan di kawasan terlibat.

“Menerusi bacaan hujan di beberapa lokasi Telemetri terlibat di negeri ini merekodkan bacaan berbeza antaranya di Telemetri Sungai Udang (153mm), Telemetri Batu Hampar (92mm), Telemetri Taman Merdeka (103mm) dan Telemetri Durian Tunggal (98mm),” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

498
Kongsi :
Previous post Agong zahir tahniah kejayaan Pavit juarai pertandingan pidato umum dunia
Next post Sawah jadi ‘lautan’ fenomena 10 tahun sekali
Ubah saiz-+=