
Ibu kandung dan bapa tiri Amir dituduh esok
AYER KEROH 9 Feb – Ibu kandung dan bapa tiri kanak-kanak tujuh tahun yang dipercayai maut didera di sebuah rumah di Taman Krubong Jaya, 29 Januari lalu, akan didakwa di mahkamah, esok.
Kedua-dua suspek dijangka dibawa ke Kompleks Mahkamah Ayer Keroh, di sini, pada jam 9 pagi bagi menghadapi dua pertuduhan iaitu membunuh dan mendera.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Melaka, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata, polis sudah melengkapkan kertas siasatan terhadap kedua-dua suspek dan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya hari ini bagi tindakan lanjut.
“Mereka akan dituduh esok mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-kanak 2001,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Sebelum ini, Melaka Hari Ini melaporkan, kanak-kanak itu, Zubaidi Amir Qusyairi Abd Malek, 7, didakwa lemas di dalam tong air di rumahnya dalam kejadian kira-kira 4 jam petang, namun siasatan awal polis mendapati terdapat kecederaan fizikal pada badan mangsa.
Berikutan itu, polis menahan ibu kandung dan bapa tiri mangsa berusia 32 dan 38 tahun dan direman 14 hari sehingga Jumaat ini.
Views:
Related


Berita Lain
HASN 2026: MPHTJ TERIMA PENGIKTIRAFAN PEMANGKIN BANDAR PINTAR, KEJIRANAN HIJAU
AYER KEROH 23 September – Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) menerima Anugerah Pemangkin Bandar Pintar dan Kejiranan Hijau sempena...
LEBIH 3,000 PEGAWAI, ANGGOTA PDRM BERTUGAS JAMIN KELANCARAN PRN MELAKA
SERI BENDAHARA 23 September - Polis Kontinjen Melaka sudah bersedia menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) dengan seramai 3,150 pegawai dan...
PASAR MALAM TAMAN MAJU LEBIH TERATUR, BERSIH HASIL PEMANTUAN BERTERUSAN MPJ
JASIN 22 September – Usaha memastikan Pasar Malam Taman Maju kekal bersih, teratur dan selesa untuk peniaga serta pengunjung diperkasa...
MELAKA CADANG WUJUD IPD HANG TUAH JAYA
SERI BENDAHARA 23 September - Kerajaan Negeri bercadang untuk mewujudkan sebuah ibu pejabat polis daerah (IPD) baharu sebagai langkah memperkukuh aspek...
‘KUMPAU’ TAPI ‘TAPAU’ MOTOSIKAL DI TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 23 September - Niat mahu menjadi juara pertandingan memancing, namun tuah belum memihak Shahrizal Sharudin, 34, apabila gagal...
LEBIH 200 PENCAPAIAN DILAKAR SEPANJANG TIGA TAHUN PENTADBIRAN AB RAUF
SERI BENDAHARA 22 September - Lebih 200 pencapaian merentasi pelbagai bidang direkodkan Kerajaan Negeri sepanjang lebih tiga tahun pentadbiran diterajui...
