Ifedayo kembali ke pangkuan Melaka United, nasib Zainal masih belum diketahui

Masa Membaca:1 Minit, 30 Saat

SERI NEGERI 5 Dis- Penjaring terbanyak Liga Super dan bekas penyerang Selangor FC, Ifedayo Olusegun kembali menyarung jersi Melaka United pada musim 2022.

Bekas peledak kelahiran Nigeria itu pulang ke pangkuan pasukan Hang Tuah selepas tiga tahun meninggalkan skuad berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Melaka United, Datuk Seri Justin Lim berkata, prestasi cemerlang Ifedayo musim ini antara sebab Melaka United menawarkan tempat sekali gus diyakini mampu memberi pulangan lumayan kepada skuad Hijau Putih.

“Beberapa pemain tonggak utama Melaka United akan dikekalkan, kita juga sudah ‘confirm’ dengan pengambilan Ifideyo yang akan mengisi barisan pemain Melaka United musim depan.

“Beberapa muka baru lain akan dimuktamadkan dalam masa terdekat dan apa yang kita ‘target’ Melaka United sekurang-kurangnya berada di ‘ top three’ dalam Liga Super sekaligus mencuba lagi untuk berada ke final pada pentas Piala Malaysia musim depan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini selepas menerima Darjah Cemerlang Seri Melaka (D.C.S.M) yang membawa gelaran Datuk Wira pada Majlis Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka 2021 sesi ketiga hari terakhir, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Justin berkata, anggaran pertukaran pemain bagi musim 2022 tidak lebih dari 20 peratus.

Jelasnya, pertukaran jurulatih Zainal Abidin Hassan bagaimanapun masih di peringkat perbincangan dan beliau mengharapkan barisan pemain baru skuad Melaka akan memberikan yang terbaik pada musim depan.

“Anggaran pertukaran pemain musim depan tidak lebih 20 peratus, ini kerana mereka semua pemain menunjukkan mutu permainan dan usaha yang sangat baik untuk mengekalkan kedudukan Melaka United sehingga ke pentas separuh akhir musim ini.

“Namun apa pun, keputusan yang dilakukan untuk pemain dan jurulatih akan di beritahu dalam masa terdekat,” katanya.

Melaka yang beraksi cemerlang di pentas Piala Malaysia mara ke separuh akhir musim ini, namun tewas kepada KL City pada penentuan sepakan penalti.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1551
Kongsi :
Previous post KPM tidak cadang tutup sekolah awal susulan kes COVID-19 – Radzi Jidin
Next post Empat jam bersih, alih bahan kimia bocor
Ubah saiz-+=