Iftar Mega rai keluarga besar MiCoST

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

BANDARAYA MELAKA 8 April – Kolej Antarabangsa Sains dan Teknologi Melaka (MiCoST) buat julung kalinya menganjurkan Majlis Iftar Mega MiCoST 2023 di perkarangan kolej tersebut, di sini, semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif MiCoST, Datuk Mohamad Azmi Sabtu berkata, program tersebut bertujuan untuk meraikan keluarga besar MiCoST.

Katanya, ia termasuk penuntut, alumni dan warga kerja kolej tersebut selain turut menyantuni pelajar Madrasah Tahfiz Dar Muqqarabin.

“Program ini merupakan anjuran Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) dengan kerjasama MiCoST Alliance Welfare (MEWA).

“Menerusi majlis iftar mega ini juga, MiCoST turut menerima zakat wakalah sejumlah RM30,000 daripada Bank Rakyat cawangan Bandar Melaka.

“Manakala yg lebih menariknya program ini kita semua dari siswa dan siswi kolej berkumpul dan kita sajikan pelbagai jenis juadah bagi meraikan semua yang hadir,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Melaka, Datuk Wira Dr. Abu Bakar Md Diah.

Mengulas lanjut, Mohamad Azmi berkata, pihak kolej akan menjadikan program itu sebagai acara tahunan bagi mengeratkan hubungan warga kolej.

“Alhamdulillah, lebih 1,500 keluarga besar MiCoST yang hadir dan insyallah, ini bukan program pertama dan terakhir dianjurkan.

“Pihak kolej berbesar hati dan akan mengadakan program seumpama ini pada masa akan datang sekali gus boleh dijadikan sebagai acara tahunan kolej,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1094
Kongsi :
Previous post Menara Taming Sari sasar 6,000 pengunjung Aidilfitri ini
Next post Rumah Terbuka Aidilfitri 28 DUN Melaka diteruskan – KM
Ubah saiz-+=