Iftar UMNO Melaka disambut penuh kesyukuran

Masa Membaca:59 Saat

BANDARAYA MELAKA 29 April – Lebih 500 pimpinan Bahagian dan sayap UMNO negeri diraikan dalam Majlis Iftar Ramadan Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka, hari ini.

Program yang dihadiri kepimpinan Bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO telah disempurnakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Ia turut dihadiri, Setiausaha UMNO negeri, Datuk Mustafa Musa, Ketua Wanita UMNO negeri, Datuk Wira Latipah Omar, Ketua Pergerakan Pemuda negeri, Fairulnizam Roslan dan Ketua Pergerakan Puteri negeri, Nurashiqin Alias.

Program diadakan di Hotel Hatten itu bermula pada 6.30 petang dengan Ab Rauf terlebih dahulu menyampaikan ucapan terima kasih kepada semua kepimpinan yang bersama-sama membantu kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Piliran Raya Negeri (PRN) Melaka, Nov tahun lalu.

Selepas berbuka puasa, tetamu kemudiannya menunaikan Solat Maghrib berjemaah.

MELAKA 29 April 2022. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menyampaikan sumbangan kit Syawal sempena Majlis Iftar Ramadan Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka di Hotel Hatten, Melaka. Foto Iqmal Haqim Rosman

Acara itu diakhiri dengan penyampaian kit makanan dan sumbangan raya kepada wakil ketua-ketua bahagian yang disampaikan Ab Rauf.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

882
Kongsi :
Previous post Syarikat telco diminta tambah baik capaian jalur lebar pada Aidilfitri
Next post Kenderaan berat dilarang berada di jalan raya pada 30 April hingga 2 Mei, 7 dan 8 Mei – JPJ Melaka
Ubah saiz-+=