Sorting by

×

Ikan mati terdampar: Kerajaan negeri tunggu laporan lengkap

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

AYER KEROH 28 Mac – Kerajaan negeri menunggu laporan berhubung isu ribuan ikan mati terdampar di pesisir Pantai Telok Gong berhampiran Sungai Tuang petang semalam.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, pihaknya belum menerima maklumat lanjut dari pelbagai agensi terlibat berhubung isu tersebut.

“Kita sudah arahkan agensi berkaitan untuk dapatkan maklumat lengkap berhubung perkara ini termasuk Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Laut dan sebagainya untuk maklumkan kepada saya.

“Saya difahamkan ia kononnya dikaitkan dengan tumpahan belerang yang berlaku namun kejadian sama ini pernah berlaku di Tanjung Bruas tapi tiada pula insiden ikan mati dikaitkan.

“Tapi kalau itu menjadi penyebabnya saya nak tahu, saya tak terima maklumat lengkap lagi dan Setiausaha Kerajaan negeri akan dapatkan maklumat lengkap ini sewajarnya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pelancaran Leypark Station di Dataran Ayer Keroh, di sini malam tadi.

SULAIMAN (tiga dari kiri) beramah mesra dengan peniaga Ley Park Station di Ayer Keroh.

Semalam, MHI melaporkan terdapat ribuan berhabitat di pesisir pantai iaitu spesies tamban, beliak mata dan selangat ditemukan mati terdampar sepanjang kira-kira satu kilometer di pantai berkenaan.

Kejadian itu sekali gus mencetuskan tanda tanya penduduk kawasan berkenaan.

Ada yang mendakwa kejadian itu dikaitkan dengan tumpahan sulfur monoksida atau belerang dua minggu lalu di sebuah industri berdekatan pantai berkenaan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

935
Kongsi :
Previous post Keselamatan siber kekal sebagai isu diberi perhatian utama oleh Malaysia
Next post Keluarga mangsa nahas pesawat China berkabung
Ubah saiz-+=