
Infak 10 ekor lembu
REMBIA 14 Julai- Lebih 1,000 penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia menerima agihan daging korban yang diinfakkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan itu.
ADUNnya Datuk Muhammad Jailani Khamis, menginfakkan sebanyak 10 ekor lembu kepada 10 kawasan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di kawasan DUN itu.
“Tahun ini saya infakkan 10 ekor lembu buat 10 kawasan JPKK yang dikenal pasti di sekitar DUN Rembia.
“Ia memberi manfaat buat lebih 1,000 muslimin dan muslimat menikmati agihan daging korban,” katanya.
Beliau yang juga EXCO Pelancongan, meluahkan rasa kesyukuran apabila dapat bertakbir, bertahmid dan menunaikan solat Aidiladha di Masjid Luqmanul Hakim, Sungai Petai bersama penduduk setempat.
“Solat Aidiladha tahun ini penuh kemeriahan kerana jemaah dibenarkan bersolat rapat dan memenuhi keseluruhan masjid.
“Malah suasana menyambut Aidiladha juga diraikan penuh kesyukuran sesama umat Islam,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA KAJI TUBUH PUSAT JAGAAN WARGA EMAS MENJELANG 2030
AYER MOLEK 5 Mei - Kerajaan Negeri sedang menjalankan kajian terperinci bagi menilai keperluan penubuhan Pusat Jagaan Warga Emas di...
KEREPEK PISANG NANGKA BAWA REZEKI TAK DISANGKA
ASAHAN 5 Mei - Daripada memasak untuk hidangan sendiri dan keluarga, seorang warga emas dari Felcra Desa Mesra Perdana tidak...
HARI ADUAN RAKYAT: FOKUS SELESAI ISU TELEKOMUNIKASI, TANGANI ‘BLIND SPOT’
AYER MOLEK 5 Mei - Hari Aduan Rakyat (HAR) menjadi platform penting dalam menyelesaikan isu telekomunikasi, khususnya membabitkan kawasan 'blind...
PERPUSTAKAAN KOMUNITI SRI KANDANG CETUS GELOMBANG ILMU
AYER MOLEK 5 Mei - Pembukaan Perpustakaan Komuniti Sri Kandang sempena program Wakil Rakyat untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri...
TIADA LAGI ‘DONUT’, ‘LINE SIPUT’ DI PEKAN ASAHAN
ASAHAN 5 Mei - Pembinaan sebuah menara telekomunikasi di Pekan Asahan pada tahun lalu, menjadikan kawasan itu kini memiliki liputan...
MELAKA SASAR SEMUA DUN MILIKI RUMAH TRANSIT MENJELANG 2028
AYER MOLEK 5 Mei - Pembinaan Rumah Transit di semua 28 Dewan Undangan Negeri (DUN) seluruh Melaka akan disegerakan dan...
