Internet satelit atasi isu liputan di Paya Lebar

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

AYER LIMAU 14 Mac – Internet yang dipancarkan terus daripada satelit merupakan antara kaedah yang akan digunakan di kawasan Pusat Eko Pelancongan Paya Lebar bagi mengatasi isu capaian internet yang lemah di kawasan berkenaan.

Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Melaka, Syed Isa Alsagoff berkata, selain bergantung kepada menara telekomunikasi, ‘Satellite Mobile Solution’ merupakan pendekatan utama yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat ini sebagai langkah awal bagi mengatasi isu jaringan di pusat pelancongan itu.

Beliau berkata, menerusi kaedah itu, satu peranti mudah alih akan digunakan berfungsi sebagai pemancar yang dihubungkan secara terus daripada satelit dan akan dipasang di setiap bot Paya Lebar Eco Cruise.

“Fungsi peranti ini diumpamakan seperti parabola mudah alih yang akan membekalkan jaringan internet ke kawasan-kawasan eko pelancongan ini dengan dipancarkan terus daripada satelit.

“Bot pelancong itu akan menjadi medan pemancar jaringan internet bergerak di kawasan itu dan setakat ini kita sedang mengkaji perkara ini dan ia di dalam fasa konsep bukti (POC) dengan jangkaan akan dilaksanakan menjelang suku tahun kedua ini.

“Dengan menggunakan kaedah ini, internet yang dibekalkan bukan sahaja dapat dimanfaatkan oleh pelancong yang menggunakan perkhidmatan bot itu malah ia turut membekalkan internet kepada nelayan dan pemain industri sekitar di kawasan berkenaan,” katanya kepada pemberita.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

489
Kongsi :
Previous post Dadah lebih RM1.04 juta dilupus di Tanjung Minyak
Next post Emel khas untuk 250,000 penduduk Melaka
Ubah saiz-+=