Ismail Sabri dilantik Timbalan Perdana Menteri

Masa Membaca:59 Saat

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri melantik Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri berkuat kuasa serta merta.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini berkata, Ismail Sabri kekal memegang portfolio Menteri Pertahanan.

Katanya, pelantikan itu akan dapat membantu Perdana Menteri menguruskan pentadbiran negara dan memenuhi keperluan rakyat dalam keadaan negara sedang menghadapi krisis kesihatan dan ekonomi pada masa ini.

Sementara itu, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pula dilantik sebagai Menteri Kanan Luar Negeri.

“Sebagai Menteri Kanan, beliau akan mengetuai Kluster Keselamatan yang sebelum ini diketuai oleh Ismail Sabri.

“Di samping itu, Perdana Menteri bersetuju supaya Hishammuddin membantu beliau dalam pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, kedua-dua pelantikan itu telah disembah maklum kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan berkuat kuasa serta-merta.

“Adalah diharapkan pelantikan ini akan meningkatkan lagi keupayaan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) khususnya dalam menghadapi pandemik COVID-19, memperkuatkan perpaduan dalam kalangan parti – parti yang membentuk kerajaan dan memperkukuhkan Kerajaaan PN dengan tadbir urus yang telus, bebas rasuah dan berintegriti,” katanya.

Pejabat Perdana Menteri turut mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ismail Sabri Hishammuddin di atas pelantikan itu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

641
Kongsi :
Previous post FELDA berpotensi kembali menjadi syarikat perladangan terunggul dunia
Next post Promosi Melaka E-Bazar bermula hari ini
Ubah saiz-+=