
ISTIADAT PENGANUGERAHAN DARJAH, BINTANG DAN PINGAT KEBESARAN MELAKA 2025 BUKA TIRAI
SERI NEGERI 24 Ogos – Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena Sambutan Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam Ke-76 dibuka tirai secara rasmi, hari ini.
Terdahulu, istiadat bagi sesi pertama itu dimulakan dengan ketibaan Tun Dr. Mohd Ali kira-kira jam 8.52 pagi disambut Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh serta barisan kepimpinan Kerajaan Negeri.
Sebanyak 17 das tembakan meriam dilepaskan menandakan bermulanya istiadat tersebut, disusuli tabik hormat dan pemeriksaan perbarisan serta kawalan kehormatan oleh Tun Dr. Mohd Ali.
Tembakan meriam yang mengiringi istiadat dilepaskan oleh Batalion Ke-14 Rejimen Askar Melayu Diraja (Mekanize), Kem Syed Sirajuddin, Gemas dan diiringi pancaragam Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Istiadat penganugerahan darjah, bintang dan pingat kebesaran tahun ini akan berlangsung dalam tiga sesi bermula hari ini sehingga esok (25 Ogos).
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
GELANGGANG BOLA JARING DINAIK TARAF, PERKASA SUKAN KOMUNITI KAMPUNG GADEK
GADEK 3 Februari - Penduduk Kampung Gadek kini boleh menikmati aktiviti sukan dengan lebih selesa apabila gelanggang bola jaring di...
KEMATIAN AKIBAT KEBAKARAN DI MELAKA MENINGKAT
BUKIT KATIL 3 Februari – Tahap kesedaran masyarakat mengenai keselamatan kebakaran di Melaka terus menjadi perhatian apabila statistik tahun 2025...
MELAKA NYATA KESEDIAAN ANJUR HARI TVET NEGARA 2026
AYER KEROH 3 Februari – Melaka menyatakan kesediaan untuk sekali lagi menjadi tuan rumah Sambutan Hari Pendidikan dan Latihan Teknikal...
DUA SIRI ‘HEBAT’, 92.7 PERATUS ADUAN DISELESAIKAN
AYER KEROH 3 Februari - Sepanjang dua siri berlangsungnya Hari Majlis Mesyuarat Negeri (EXCO) Bersama Rakyat (HEBAT) pada Ogos dan...
DISKAUN SEHINGGA 80 PERATUS MENANTI PENGUNJUNG ‘HEBAT’ SIRI 1/2026 ESOK
AYER KEROH 3 Februari - Diskaun sehingga 80 peratus membabitkan kompaun Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Melaka, selain pelbagai diskaun...
MPAG DIGITAL, LAMBANG TRANSFORMASI ALOR GAJAH
REMBIA 3 Februari - Usaha Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) memperkenalkan MPAG Digital diiktiraf Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) apabila lapan...
