
Isu kekurangan jururawat sedang ditangani – Khairy
PUTRAJAYA, 12 Mei – Isu kekurangan jururawat di hospital di negara ini sedang ditangani dalam usaha memberikan perkhidmatan kesihatan terbaik kepada rakyat, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Berucap merasmikan sambutan Hari Jururawat Antarabangsa 2022 di sini hari ini, beliau mengakui menerima banyak aduan berhubung kekurangan jururawat di hospital-hospital.
Menurutnya, dalam lawatannya ke Hospital Tunku Azizah (HTA) minggu lepas iaitu hospital moden dan canggih yang dibina untuk ibu dan anak di Kuala Lumpur didapati ia tidak dapat memaksimumkan perkhidmatan kerana tidak cukup jururawat.
“Jadi kita telah cepatkan kelulusan jururawat untuk dihantar ke HTA dan usahakan untuk hantar ke hospital lain juga,” katanya.
Sementara itu, Khairy berkata beliau akan cuba menyelesaikan isu jururawat berstatus kontrak dan perjawatan mereka.
“Ketika ini, terdapat kira-kira 3,469 jururawat berstatus kontrak… saya akan usaha bantu isu ini sedaya upaya dan berharap jururawat akan terus berikan perkhidmatan cemerlang,” katanya.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
11,037 KES MAHKAMAH SYARIAH MELAKA SELESAI, BUKTI KEADILAN SEMAKIN CEKAP
AYER KEROH 20 Ogos - Sebanyak 11,037 daripada 13,424 kes Mal (sivil) dan jenayah berjaya diselesaikan Mahkamah Syariah Negeri Melaka...
256 PROJEK INFRA RAKYAT MENDAHULUI JADUAL – AHMAD
SERI NEGERI 20 Ogos - Sebanyak 256 daripada 871 projek infrastruktur rakyat yang kini dalam pembinaan berada pada prestasi mendahului...
LIMA KENDURI RAKYAT WARNAI WRUR AYER LIMAU
AYER LIMAU 20 Ogos - Lima kenduri rakyat bakal menjadi antara pengisian utama Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan...
TOK AJAK ‘HIDUPKAN’ BELIA DAN SUKAN TELOK MAS
TELOK MAS 20 Ogos – Pembangunan fasiliti sukan untuk golongan belia di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas terus diperkasa...
MPV DIHEMPAP POKOK TUMBANG: ENAM TERMASUK KANAK-KANAK TERSELAMAT
JASIN 20 Ogos - Enam individu termasuk dua kanak-kanak terselamat apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka dihempap pokok tumbang...
LAMPU SOLAR TERANGI LOKASI GELAP DUN KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 20 Ogos - Pemasangan lampu solar di lokasi gelap dan laluan berisiko berlaku kemalangan antara usaha berterusan dilaksanakan...
