Izinkan saya berkhidmat untuk Melaka dengan jujur, amanah – KM

Masa Membaca:55 Saat

SERI NEGERI 6 Mac – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh bertekad untuk terus mewajah Negeri Melaka ke suatu tahap lebih baik.

Menjelang 365 hari pentadbirannya pada 31 Mac ini, Ab Rauf memberi jaminan untuk terus melaksana pelbagai inisiatif dari semasa ke semasa dalam menelusuri warisan, sekali gus mengembalikan kegemilangan Negeri Melaka.

“Saya berdoa agar Allah SWT memberikan ilham, kekuatan dan kemudahan untuk terus mentadbir negeri ini dengan jujur, amanah serta seikhlas hati.

“Pada masa sama, saya mengharapkan sokongan daripada seluruh ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri serta jentera pentadbiran Kerajaan Negeri dan rakyat Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan Usul Terima Kasih Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka pada Persidangan Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Kelima Belas di Dewan Undangan Negeri, di sini, hari ini.

Dalam ucapannya pada usul berkenaan, Ketua Menteri turut berharap agar segala perkara yang dibahaskan pada persidangan kali ini akan menghasilkan perbahasan yang membina dari segenap dimensi yang positif.

Ia jelasnya adalah demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran Negeri Melaka.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

238
Kongsi :
Previous post Zon Bebas Kenderaan kurangkan 12,000 kilogram karbon dioksida setiap kilometer
Next post Permudah pendaftaran PADU di Melaka
Ubah saiz-+=