Jabatan Perikanan perlu carumkan nelayan

Masa Membaca:52 Saat

AYER LIMAU 9 Julai – Kerajaan Negeri Melaka menyarankan Jabatan Perikanan negeri bagi mengawal selia caruman di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi membela nasib nelayan di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Hubungan Masyarakat, Tenaga Kerja dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Datuk Ar. Ismail Othman berkata, agensi tersebut wajar melaksanakan perkara itu sebagai persediaan awal buat nelayan sekiranya berlaku sebarang kemalangan mahupun bencana sewaktu bekerja.

“Caruman PERKESO ini amat wajar dilaksanakan malah saya bukan sahaja menggalakkan nelayan menjelaskan caruman ini malah ia perlu dilakukan kepada setiap pekerjaan yang ada di negeri ini.

“Malah, caruman yang dijelaskan tidak dikenakan dengan harga yang tinggi, di dalam lingkungan RM6 hingga RM8 sebulan dan ini pastinya akan menjamin keselamatan golongan ini sekiranya berlaku perkara yang tidak diduga.

“Seperti pemandu teksi dan beca, kerajaan negeri telah melaksanakan caruman buat mereka, jadi saya mencadangkan Jabatan Perikanan mampu menguruskan perkara ini demi masa depan nelayan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melakukan Pembayaran permulaan Orang Tanggungan (OT) di sebuah rumah mangsa kemalangan jalan raya di Taman Wira Indah, Lubok China, semalam.

Views:

255
Kongsi :
Previous post Gesa majikan wajib daftar, carum pekerja
Next post Melaka mohon peruntukan RM2 bilion
Ubah saiz-+=