
Jambatan sementara dibina di Kampung Kubang Badak atasi hakisan tanah
MACHAP JAYA 10 Disember – Sebuah jambatan di perkampungan Orang Asli Kampung Kubang Badak dinaik taraf dengan kos melibatkan anggaran RM20,000 bagi mengelak hakisan tanah pada jalan laluan ke kampung berkenaan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machap Jaya, Ngwe Hee Sem berkata, kerja-kerja pembinaan jambatan itu dilaksanakan berikutan hujan yang kerap berlaku di kawasan itu semakin mengakibatkan hakisan tanah.
Katanya, hakisan itu sekali gus menyebabkan jalan laluan ke kampung berkenaan semakin mengecil dan boleh mengancam keselamatan pengguna jalan terbabit.
“Jadi, pembinaan jambatan sementara dilakukan dengan membina sangkar batu yang menelan kos kira-kira RM20,000.
“Sekiranya ia (sangkar batu) tidak dilakukan, apabila hujan kerap berlaku semakin lebar hakisan tanah berlaku,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata jambatan itu bagaimanapun akan dinaik taraf dengan lebih sempurna apabila mendapat peruntukan menerusi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) awal tahun hadapan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
‘TAK PERCAYA TOK RAUF DATANG, MACAM MIMPI’
AYER LIMAU 9 September - Ada yang teruja, malah menyifatkan peluang berjumpa empat mata dengan Ketua Menteri Datuk Seri Utama...
30 BOT BERHIAS, PERTANDINGAN TEBAR JALA ANTARA TARIKAN FESTIVAL SUNGAI MELAKA 2026
AYER LIMAU 9 September - Jumlah penyertaan bagi pertandingan bot berhias sempena Festival Sungai Melaka 2026 di Jeti Nelayan Telok...
MAIM SASAR LEBIH RAMAI BELIA SERTAI BSAT
AYER KEROH 9 September - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menyasarkan lebih ramai golongan belia dan pelajar institusi pengajian tinggi...
TERHARU TOK RAUF KONGSI BERITA GEMBIRA BUMBUNG RUMAH PUSAKA BAKAL DIGANTI
AYER LIMAU 9 September - Masalah bumbung rumah pusaka didiami Mualif Mohd Noor yang bocor sejak sekian lama mendapat perhatian...
TOK RAUF BAWA KHABAR GEMBIRA, RUMAH UZUR ROHAIDAH BAKAL DIBAIK PULIH
AYER LIMAU 9 September - Kunjungan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh membawa khabar gembira buat Rohidah Mohd...
MELAKA RUMAHKU: RM8 JUTA BANTU GOLONGAN PERLUKAN RUMAH SELESA
AYER LIMAU 9 September - Kerajaan Negeri memperuntukkan kira-kira RM8 juta sepanjang tahun ini bagi pelaksanaan Program Melaka Rumahku (PMR)...

