‘Jangan kaitkan vaksin punca kematian atlet memanah’ – KBS

Masa Membaca:1 Minit, 18 Saat

JASIN 14 Mei – Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi mengaitkan kematian atlet memanah negara, Mohd Haziq Kamarudin disebabkan pengambilan vaksin.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menyifatkan dakwaan yang ditular itu sebagai tidak bertanggungjawab dan tidak menghormati perasaan keluarga Allahyarham.

“Saya mohon tidak sebarkan berita yang tidak benar. Saya serta 242 orang atlet termasuklah Allahyarham Haziq turut mengambil vaksin yang sama. Kita beri ruang supaya pihak hospital buat bedah siasat.

“Jangan timbulkan sebarang spekulasi yang tidak wajar. Kita hormati perasaan keluarga Allahyarham juga. Sebarang perkembangan, saya dan KBS akan maklumkan kepada semua,” katanya dalam ruangan komen selepas merakamkan ucapan takziah di atas pemergian atlet tersebut.

Terdahulu, Mohd Haziq, 27 dilaporkan meninggal dunia selepas rebah di rumahnya di Kajang selepas menunaikan solat subuh pagi tadi.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam satu kenyataan memaklumkan jenazah dijangka dikebumikan di kampung isterinya di Tanah Perkuburan Kampung Tersusun Merlimau, malam ini.

Difahamkan, keputusan ujian calitan Allahyarham disahkan negatif COVID-19 dan telah dibedah siasat pada jam 5.30 petang tadi.

Allahyarham merupakan salah seorang atlet senior daripada kontinjen Malaysia yang telah membawa nama negara ke London pada 2012 dan Rio 2016.

Beliau juga penyumbang pingat emas pada Sukan SEA serta pingat gangsa di Kejohanan Memanah World Cup di Salt Lake City pada 2018.

Allahyarham yang ditempatkan dalam Program Podium juga sedang dalam persiapan kelayakan ke Sukan Olimlik Tokyo 2020 melalui Kejohanan 2021 Hyundai World Cup Archery, Stage 3 dan Final Olympic Qualification Tournament pada 16 Jun 2021 di Perancis.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2382
Kongsi :
Previous post Penduduk bimbang harimau kumbang
Next post COVID-19 : 4,113 kes baharu hari ini
Ubah saiz-+=