
Jangan persoal perjuangan, iltizam UMNO terhadap perpaduan Melayu
Ā Dalam nada tegas, beliau berkataĀ seruan kepada perpaduan ummah mestiĀ dibaca dalam konteks yang lebih besar dan mestilah benar-benar bertujuan menyatukan semua orang Melayu, merentasi ideologi politik, kepentingan kuasa dan status sosial.
āSaya ingin membuat penegasan penting bahawaĀ sebagai gerakan yang telah lama memperjuangkan orang Melayu, iltizam UMNO terhadap kepentingan ummah jangan sesekali dipersoalkan. Yang berpolitik atau tidak, yang berparti atau tidak, dan yang dalam kerajaan mahupun pembangkang, semuanya akan kita pandang dan kita undang. Rukunnya hanya satu, iaitu Melayu!

āMaka dengarlah wahai seluruh perwakilan UMNO dan bangsa Melayu, saya tegaskan dengan setegas-tegasnya bahawa perpaduan bangsa MelayuĀ adalah cita-cita besar yang UMNO telah dan akan terus dukung dengan tegas dan setia.
āIa tidak akan kami lacurkan dalam matlamat politik yang sempit⦠iaĀ tidak akan kami leburkan dalam perlumbaan kuasa yang tidak cerdik.Ā Yang akan UMNO usahakan ialahĀ perpaduan seluruh bangsa Melayu,ā katanya ketika merasmikan serentakĀ persidangan tiga sayap UMNO iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri bersempena Perhimpunan Agung UMNO 2020 hari ini.
Mohamad berkata perpaduan Melayu bukanlah sekadar mengukuhkan kedudukan bangsa Melayu, sebaliknya turutĀ membabitkanĀ soalĀ perpaduan nasional dan kedua-duanya perlu bergerak seiring serta saling diperkuat.
āAlasannya mudah, masa depan Malaysia tidak akan cerah dan mencukupi dengan jaminan perpaduan Melayu sahaja. Tetapi, jaminan masa depan Malaysia yang baikĀ harus hadir bersama perpaduan semua kaum…perpaduan yang saling berakar, mengukuh satu sama lainĀ demi Malaysia yang kita cintai,ā katanya.
UMNO dan Barisan Nasional (BN) katanya merupakanĀ entiti politikĀ yang dinamik dan progresif, yangĀ sentiasa terbuka terhadapĀ segala rumusan baharu dalam politikĀ malahĀ sedar bahawa perubahanĀ adalah sesuatu yang tidak boleh dielakkan.
āMaka demi masa depan Malaysia, UMNO melalui BNĀ wajib meneroka semua kemungkinan yang wujud untuk dimanfaatkan. Jadi, berbekalkan keanjalan yang UMNO dan BN ada ini, ia memungkinkan kita untukĀ `memeta pembaikan politikā, atau āpolitical correctnessāĀ yang baharu dan strategik,ā katanya.
Mohamad yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata pembaikan politik yang ingin diteroka dan ditimbang mestilah dipasak dengan nilai, prinsip dan syarat-syarat ketat yang menguntungkan parti, orang Melayu dan Islam keseluruhannya.
“Perjuangan dan kepentingan orang Melayu sertaĀ Islam tidak akan ditinggalkan dan dikompromikan oleh UMNO. Apa guna memegang kuasa kalau Melayu binasa, apa guna bekerjasama kalau Melayu kekal di takuk lama,ā katanya.
Bagi pembaikan politik, UMNOĀ kata Ahli Dewan Undangan (ADUN) Rantau itu akan menyantuni dan meneroka persefahaman dengan semuaĀ pemegang taruh termasuk bukanĀ parti politik, kerajaan, bukan kerajaan, rakyat biasa atau golongan pemodal dan golonganĀ tua serta remaja.
āKalau kita benar-benar mahu memeta satu pembaharuan politik, saya jamin kepada semua, bahawa kepimpinan UMNO akan mengambil pendekatan berhati-hati,dengan perkiraan jangka masa panjang yang matang.
āIa akan berpandu nilai, mendapat dukungan akar umbi parti, terangkum dan tidak meminggirkan mana-mana pihak.Ā Insya-Allah, pembaikan politik yang UMNO usahakan akhirnya mesti menjadikan politik di Malaysia lebih baik,Ā dan dengan politik yang lebih baik ini, UMNO akan mengusahakan sebuah pemerintahan, yang berpotensi memulihkan Malaysia,āĀ katanya.
Mohamad berkataĀ beliau pastiĀ ramai yang mula membuat perkiraan dan telahanĀ termasukĀ soal siapaĀ yang akan UMNO pilih untuk didampingi kelak dan turut menegaskan setakat ini,Ā parti yang berusia 75 tahun itu belum ada sebarang ketetapanĀ dan menyerahkan kepadaĀ masa untuk menentukan.
āUMNO dan BN ini adalah entiti politik. Ia hidup, dinamik dan progresif. Ia sentiasa dengan segala rumus baharu dalam politik. Ia bukan entiti pegunĀ yang tidak berevolusi. UMNO sedar bahawa perubahan itu adalah sesuatu yang tidak boleh dielakkan,ā katanya.
Dalam pada itu, beliau turut menyeruĀ supaya kesatuan dalam UMNO terus diperkasakan dan tidak berpecah belahĀ demi masa depan parti.
Perasmian persidangan sayap berkenaan dihadiri Ketua Wanita Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, Ketua Pemuda Datuk Dr Asyraf Wajdi dan Ketua PuteriĀ Datuk Zahida Zarik Khan.
Persidangan berkenaan yang diadakan selepas setahun ditangguhĀ susulan COVID-19, dihadiri Ā kira-kira 700 orangĀ perwakilan dan diadakanĀ secara hibrid.
Acara perasmian berkenaan turut dihadiriĀ ketua Wanita dan Pemuda parti komponen BN iaitu MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).