
Jangan risau, tidak perlu bayar ganti rugi buku teks rosak akibat banjir – Radzi
KUALA LUMPUR, 7 Jan – Murid yang mengalami kerosakan buku teks akibat banjir tidak perlu membayar ganti rugi atau menggantikannya dengan buku teks baharu bagi menjalani sesi persekolahan yang bermula minggu depan, kata Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin.
Beliau berkata ini kerana kementerian itu akan memastikan usaha menggantikan buku teks yang rosak kepada mereka yang terjejas dilaksanakan segera bagi membolehkan sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) berjalan dengan teratur dan lancar.
“Berdasarkan rekod yang ada pada Kementerian Pendidikan (KPM) sehingga ke hari ini, sebanyak 263,662 naskhah buku teks rosak akibat banjir melibatkan 14,422 orang murid seluruh negara.
“KPM mempunyai stok mencukupi untuk menggantikan buku yang rosak bagi membolehkan murid mengikuti sesi PdP pada minggu hadapan,” katanya dalam perkongsian video di Facebook rasminya hari ini.
Radzi berkata demikian berikutan KPM menerima banyak pertanyaan berhubung buku teks sekolah yang rosak akibat banjir di beberapa negeri baru-baru ini.
Beliau berkata bagi tujuan itu, guru-guru akan mencatatkan jumlah buku teks yang rosak akibat banjir sebelum memberikan buku teks baharu.
Menerusi video itu, beliau berharap murid yang terjejas terus tabah dan bersemangat untuk kembali ke sekolah.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA LANCAR PROGRAM TUNAS ZAID IBN THABIT, LAHIR GENERASI CELIK AL-QURAN
PENGKALAN BATU 16 Disember - Kerajaan Negeri menerusi Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) melancarkan Program Tunas Zaid Ibn Thabit bagi...
MELAKA MEMBACA LAHIR GENERASI MASA DEPAN BERILMU
AYER KEROH 16 Disember - Penganjuran Anugerah Melaka Membaca menjadi antara manifestasi komitmen Kerajaan Negeri dalam melahirkan generasi masa hadapan...
MPAG TAWAR DISKAUN, GALAK ORANG RAMAI JELASKAN KOMPAUN TERTUNGGAK
ALOR GAJAH 16 Disember - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) merekodkan sebanyak 12,030 kompaun tertunggak dengan nilai keseluruhan RM1.27 juta...
PBT MELAKA FOKUS JADIKAN MELAKA BERSIH, INDAH, CERIA SEPANJANG 2026
PAYA RUMPUT 16 Disember - Kesemua pihak berkuasa tempatan (PBT) komited menjadikan Melaka sebuah negeri bersih, indah dan ceria sepanjang...
DAPAT ILHAM KETIKA PKP, JAMBU LOHAN SOLOK GAUNG KINI JADI REBUTAN
AYER MOLEK 16 Disember - Minat berbudi kepada tanah dan niat mahu membantu pihak pengurusan sebuah masjid menjana pendapatan mendorong...
KELAB LIONS SUMBANG PAKAIAN SERAGAM PENGAKAP KEPADA 80 SEKOLAH DI MELAKA
BUKIT BARU 16 Disember - Kelab Lions Negeri Melaka menyumbang pakaian seragam pengakap kepada 80 sekolah di negeri ini sebagai...
