
Jari kelingking membengkak, cincin tersangkut
TANGGA BATU 3 Mar – Seorang pemuda terpaksa menanggung azab apabila cincin yang dipakainya tersekat pada jari kelingking tangan kanannya, malam tadi.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangga Batu, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Roslan Manas berkata, lelaki berusia 29 tahun itu datang ke balai bagi memohon bantuan mengeluarkan cincin pada jam 8.45 malam.
“Susulan itu sepasukan anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) ditugaskan membantu mengeluarkan cincin di jari kelingking mangsa. Keadaan jarinya membengkak dan biru apabila dia gagal mengeluarkan cincin yang tersekat.

“Pasukan EMRS difahamkan, lelaki terbabit memakai cincin itu kira-kira tiga hari lepas. Disebabkan cincin dipakainya itu adalah ‘steel’ kerja memotong mengambil masa yang agak lama kerana yang keras,” katanya.
Menurutnya, pasukan EMRS mengambil masa kira-kira 20 minit sebelum berjaya memotong cincin terbabit dengan menggunakan alatan khas pemotong cincin.
“Dalam operasi malam tadi itu, bomba terpaksa menggunakan dua mata pemotong berbanding kebiasaan satu digunakan untuk cincin emas. Selepas memastikan keadaan lelaki itu selamat dan tiada kecederaan dia kemudian dibenarkan pulang,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PANTAI SIRING BAKAL JADI ‘PERMATA’ PELANCONGAN PESISIR SELATAN MELAKA
SERKAM 28 Ogos - Pantai Siring bakal ditransformasi sebagai destinasi pelancongan baharu di pesisir selatan Melaka menerusi pembangunan secara berperingkat...
MELAKA MENUJU ‘NO MICROWAVE POLICY’, BERALIH KE GENTIAN OPTIK
SERI NEGERI 28 Ogos - Melaka sedang bergerak ke arah pelaksanaan 'No Microwave Policy' dengan memperluas penggunaan gentian optik berkapasiti...
MELAKA CIPTA SEJARAH, 5 KAPAL TLDM BERLABUH SEMPENA MERDEKA
SERKAM 28 Ogos - Melaka mencipta sejarah apabila lima kapal perang Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan berlabuh di perairan...
‘SIBUK MACAM MANA PUN, MESTI NAK JENGAH RAKYAT’
SERKAM 27 Ogos - Kesibukan mengurus pentadbiran negeri bukan alasan bagi Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh untuk...
DANA ZAKAT SOKONG USAHA PEMULIHAN ‘ASNAF RIQAB’ – MAIM
MERLIMAU 28 Ogos - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mahu dana zakat dimanfaatkan bukan sekadar untuk bantuan, tetapi turut membina...
RM1.1 JUTA BINA, BAIK PULIH 31 RUMAH WARGA SERKAM
SERKAM 27 Ogos - Sebanyak RM1.1 juta diperuntukkan bagi pembinaan lapan rumah baharu dan kerja-kerja baik pulih 23 rumah di...
