Jelajah ‘Cerah Ceria’, BHPetrol kongsi tips keselamatan jalan raya

Masa Membaca:1 Minit, 33 Saat

SUNGAI UDANG 22 November – BHPetrol berusaha meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya dalam kalangan murid sekolah rendah dengan menjalankan pelbagai inisiatif sejak 12 tahun yang lalu.

Menerusi program kesedaran ‘Cerah Ceria Bersama BHPetrol, tahun ini Melaka dipilih sebagai lokasi jelajah di Sekolah Kebangsaan (SK) Kem Terendak 1 melibatkan 985 murid dan SK Kem Terendak 2 seramai15 murid.

Pengurus Besar Operasi dan HSSE BHPetrol, Muhammad Zubir Hamzah berkata murid-murid berpeluang menyertai pelbagai aktiviti keselamatan jalan raya.

“Cerah Ceria bersama BHPetrol ini merupakan projek tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dijalankan sejak 2010 dengan mendekati kanak-kanak di peringkat sekolah.

“Ini sebahagian daripada strategi tanggungjawab sosial korporat (CSR) BHPetrol dan memfokuskan kepada kepentingan memakai pakaian cerah untuk mudah dilihat di jalan raya, cara berjalan kaki di jalan yang betul dan cara melintas jalan.

“Ini adalah sekolah yang ke-12 diadakan sejak program diadakan, respon murid-murid daripada pengalaman kita jelas mereka ini mempraktikkan apa yang kita ajar secara praktikal di luar kelas,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini (MHI) ketika ditemui selepas program berkenaan di SK Kem Terendak 1 di sini, hari ini.

Hadir sama Guru Besar SK Kem Terendak 1, Norizan Che Mat.

WhatsApp Image 2022-11-22 at 1.52.45 PM
MUHAMMAD Zubir (kanan) bersama Norizan (dua dari kanan) melihat pameran yang disediakan pada program itu.

Katanya siri jelajah program itu akan diteruskan ke negeri-negeri yang lain bagi memberi peluang penglibatan lebih ramai murid-murid mengetahui tentang keselamatan jalan raya.

“Kita akan adakan siri jelajah ini ke negeri-negeri lain, ia bergantung kepada staf yang terlibat semasa program juga kerana hari ini sahaja ada 30 staf yang terlibat.

“Sasaran kita hanya dua sekolah yang akan dipilih bagi program ini setiap tahun, sebelum ini kita pernah buat di Tanjung Malim, Perak, Hulu Langat, Negeri Sembilan dan banyak lagi,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2240
Kongsi :
Previous post Sebanyak 3,483 laporan polis diterima berkaitan PRU15
Next post Agong titah akan buat keputusan pelantikan PM dalam masa terdekat
Ubah saiz-+=