
Sebanyak 3,483 laporan polis diterima berkaitan PRU15
KUALA LUMPUR, 22 Nov – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menerima sebanyak 3,483 laporan berkaitan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dalam tempoh bermula 4 Nov hingga semalam.
Pengarah Operasi PRU15 PDRM Datuk Seri Hazani Ghazali berkata daripada jumlah itu, Kedah mencatatkan jumlah laporan kesalahan tertinggi iaitu sebanyak 453, diikuti Selangor (449), Pahang (433), Kelantan (432); Perak (335) serta Johor (304).
Sebanyak 236 laporan pula diterima di Negeri Sembilan, Kuala Lumpur (224); Perlis (214); Sabah (120); Sarawak (88); Pulau Pinang (85); Terengganu (63) dan Melaka (47), katanya dalam kenyataan hari ini.
“Sebanyak 515 kertas siasatan telah dibuka, 180 kes telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya,” katanya dengan enam telah dituduh dan empat individu dijatuhi hukuman.
Sementara itu, Hazani yang juga Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman berkata semalam, enam kertas siasatan telah dibuka melibatkan dua di Kelantan dan masing-masing satu di Perak, Melaka, Johor dan Sabah.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MENARA TAMING SARI ‘MESRA POKET’, PELANCONG LUAR TERUJA
BANDA HILIR 9 November - Tawaran tiket RM10 bagi menikmati pengalaman menaiki Menara Taming Sari menerusi inisiatif Melaka Bila Larut...
PRN MELAKA: ‘SATU KESIDANG, SATU HATI’ JADI SLOGAN ALBERT
KESIDANG 9 November - 'Satu Kesidang, Satu Hati' menjadi pegangan calon Perikatan Nasional (PN) bagi DUN Kesidang, Albert Kok dalam...
PRN MELAKA: MAJORITI BESAR BUKTI PENYATUAN RAKYAT DUYONG
DUYONG 9 November - Kemenangan dengan ajoriti besar menjadi sasaran penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.21 Duyong, Datuk Mohd...
PRN MELAKA: JASMINE DAPAT SOKONGAN POSITIF RAKYAT BANDAR HILIR
BANDA HILIR 9 November - Sambutan positif penduduk sepanjang tempoh kempen menjadi dorongan kepada calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan...
AH SEM PERTARUH REKOD BERKHIDMAT LIMA TAHUN
MACHAP JAYA 9 November - Rekod berkhidmat sepanjang lima tahun menjadi sandaran calon Barisan Nasional (BN) N.08 Dewan Undangan Negeri...
HELMY CAKNA ANAK ISTIMEWA
DUYONG 9 November - Pelbagai inisiatif bagi memperkasa pendidikan dan kebajikan anak-anak istimewa terus menjadi keutamaan calon kerusi Dewan Undangan...
