Tempoh 14 hari turunkan bendera, bahan kempen

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

AYER KEROH 22 November – Parti bertanding mempunyai masa 14 hari untuk menurun dan mencabut bendera serta poster yang dipasang sepanjang kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Datuk Shadan Othman berkata, tempoh pemasangan bahan kempen itu seperti yang dibenarkan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Bahan-bahan kempen yang dipasang hendaklah dibuka atau ditanggalkan di semua lokasi pemasangan dalam tempoh 14 hari selepas tarikh mengundi.

“Sekiranya gagal berbuat demikian, bayaran permit sebanyak RM5,000 akan dirampas oleh pihak berkuasa tempatan (PBT),” katanya ketika dihubungi.

WhatsApp Image 2022-06-06 at 3.25.06 PM
SHADAN

Sementara itu, Ketua Gerakan Belia 4B Kampung Bukit Pulau, Mohd Azha Mohd Karim berkata, bahan kempen dan bendera di sekitar kawasan Bukit Pulau sudah mula dibuka pada malam Sabtu.

“Untuk sekitar kawasan ini, kira-kira 1,000 bendera parti dipasang dan kebiasaan malam selepas PRU kita akan terus cabut memandangkan esoknya cuti jadi senang ianya terus dibuat.

“Kita bimbang sekiranya bendera ini tidak dicabut terus, deposit yang diletakkan akan hilang,” katanya.

Terdahulu, tinjauan Melaka Hari Ini disekitar Lebuh Alor Gajah- Melaka Tengah- Jasin (Jasin) Semabok, mendapati bendera serta bahan kempen yang dipasang masih tidak diturunkan lagi begitu juga kawasan sekitar Bukit Piatu dan Bukit Baru.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2477
Kongsi :
Previous post PN terima satu lagi surat akuan berkanun sokong Muhyiddin jadi Perdana Menteri
Next post Sebanyak 3,483 laporan polis diterima berkaitan PRU15
Ubah saiz-+=