
Jenazah Nur Farah Kartini selamat dikebumikan
PEKAN, 18 Julai – Jenazah Allahyarham Nur Farah Kartini Abdullah selamat dikebumikan pada 5.20 petang di Tanah Perkuburan Kampung Nyiur Manis, di sini hari ini.
Van yang membawa jenazah bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu tiba di tanah perkuburan berkenaan pada 4.55 petang selepas dibawa dari Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh, Selangor.
Pengebumian Nur Farah Kartini, 25, dalam keadaan cuaca tenang dan berangin itu turut dihadiri ahli keluarga mangsa, rakan dan penduduk kampung.
Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi Dan Inovasi Negeri Pahang Datuk Mohamad Nizar Najib yang mewakili kerajaan negeri turut hadir di tanah perkuburan itu.
Mayat Nur Farah Kartini, 25, dijumpai di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, kira-kira 6 petang, Isnin.
Nur Farah Kartini dilaporkan hilang sejak 10 Julai lepas, selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan.
Susulan itu, seorang lelaki berusia 26 tahun yang juga seorang anggota polis bertugas di Perak telah ditahan dan direman sehingga 22 Julai ini untuk membantu siasatan berkaitan kes terbabit mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
PASAR MALAM TAMAN MAJU LEBIH TERATUR, BERSIH HASIL PEMANTUAN BERTERUSAN MPJ
JASIN 22 September – Usaha memastikan Pasar Malam Taman Maju kekal bersih, teratur dan selesa untuk peniaga serta pengunjung diperkasa...
MELAKA CADANG WUJUD IPD HANG TUAH JAYA
SERI BENDAHARA 23 September - Kerajaan Negeri bercadang untuk mewujudkan sebuah ibu pejabat polis daerah (IPD) baharu sebagai langkah memperkukuh aspek...
‘KUMPAU’ TAPI ‘TAPAU’ MOTOSIKAL DI TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 23 September - Niat mahu menjadi juara pertandingan memancing, namun tuah belum memihak Shahrizal Sharudin, 34, apabila gagal...
LEBIH 200 PENCAPAIAN DILAKAR SEPANJANG TIGA TAHUN PENTADBIRAN AB RAUF
SERI BENDAHARA 22 September - Lebih 200 pencapaian merentasi pelbagai bidang direkodkan Kerajaan Negeri sepanjang lebih tiga tahun pentadbiran diterajui...
MELAKA HARGAI JASA PESARA POLIS
SERI BENDAHARA 22 September - Kerajaan Negeri menyalurkan sumbangan keseluruhan berjumlah lebih RM300,000 kepada pesara dan persatuan Polis Diraja Malaysia...
JELAJAH KETUA MENTERI SAYANG RAKYAT DUN KLEBANG BAWA MANFAAT PELBAGAI LAPISAN
KLEBANG 22 September - Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Klebang memanfaatkan masyarakat setempat menerusi pelbagai bentuk...

