JKM dilantik jaga kebajikan kontak rapat pesakit COVID-19

Masa Membaca:58 Saat

REMBIA 23 Okt. – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri dilantik sebagai agensi yang bertanggungjawab menjaga kebajikan kontak rapat pesakit COVID-19 sepanjang mereka menjalani tempoh Perintah Pengawasan dan Pemerhatian Di Rumah (HSO).

Pengerusi Jawatankuasa Khas COVID-19 (JKC-19) negeri Datuk Seri Abdul Ghafaar Atan berkata, pihaknya tidak mahu timbul sebarang kejadian keluarga yang perlu menjalani kuarantin terputus bekalan makanan sehingga berlaku perkara tidak sepatutnya.

Beliau berkata, perkara itu dipersetujui dalam mesyuarat JKC-19 yang mana JKM dilantik sebagai agensi bertanggungjawab memantu dan memberi sumbangan makanan.

“Sekiranya seseorang itu disahkan positif COVID-19 dan keluarga mereka perlu menjalani kuarantin di rumah dan tidak boleh keluar membeli bekalan kerana memakai gelang ‘pink’, jadi JKM akan membantu memberikan barangan dapur.

“JKM akan bertanggungjawab menyalurkan bantuan barangan dapur seperti beras, gula dan tepung kepada keluarga yang perlu menjalani kuarantin agar mereka tidak terputus makanan dalam tempoh 14 hari itu,” katanya.

Menurutnya, bagaimanapun mereka yang perlu menjalani kuarantin perlu memaklumkan kepada pihak yang berkaitan seperti Yang Berhormat (YB) atau pegawai daerah bagi memudahkan pengumpulan maklumat.

Mengulas lanjut beliau berkata, tidak menolak kemungkinan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri ini, sekiranya kes harian COVID-19 terus meningkat mendadak.

Views:

357
Kongsi :
Previous post Rasuah: Bekas penolong jurutera dipenjara 14 tahun
Next post Bajet 2021: Berita baik untuk rakyat – KM
Ubah saiz-+=