Sorting by

×

Johor, Perak ungguli Piala Tun Ali 2022, ketepikan dua wakil Melaka di final

Masa Membaca:59 Saat

BANDAR MELAKA 21 Ogos – Pasukan Johor dan Perak dinobat juara sulung Kejohanan Sepak Takraw Piala Tun Ali 2022 apabila masing-masing mengungguli acara regu dan beregu pada aksi final hari ini.

Untuk acara regu, Johor menang mudah ke atas wakil tuan rumah Melaka dengan kemenangan straight set 21-17, 21-18.

Manakala Perak terlebih dahulu mengesahkan kejuaraan bagi acara beregu (double) juga menewaskan Melaka dengan kemenangan 19-21, 21-13, 21-13.

photo1661073744
Pemain perak meraikan kemenangan selepas menewaskan pemain Melaka pada beregu akhir Kejohanan Sepaktakraw Piala Tun Ali 2022 di Dewan Bola Keranjang MBMB, Bukit Serindit, Melaka. Foto: MR. AZLI

Selaku johan acara regu, Johor membawa pulang hadiah kemenangan RM10,000 berserta piala dan medal, sementara Perak yang mengungguli acara beregu membawa pulang RM8,000, piala dan medal.

Manakala, Melaka yang muncul naib juara bagi kedua-dua acara membawa pulang RM5,000 dan RM4,000 berserta medal.

Hadiah kepada pemenang disampaikan Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam.

Senarai Pemenang:

Beregu (Double)
Juara: Perak
Naib Juara: Melaka

Regu
Juara: Johor
Naib Juara: Melaka

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2814
Kongsi :
Previous post Tiada keperluan kerjasama dengan PBT bagi memudahkan pemberian sijil halal
Next post Keluar kata kesat: Pegawai Imigresen ditukar bahagian, disiasat integriti
Ubah saiz-+=