
Jom beli barang buatan Melaka esok
AYER KEROH 11 Februari – Program Kempen Belilah Barangan Buatan Melaka berlangsung di Dataran Sejarah, di sini, esok akan bakal menampilkan 20 usahawan tempatan yang mempromosikan produk masing-masing.
Presiden Persatuan Keusahawanan Negeri Melaka Dr. Gopal Warrma Ramulu berkata, pihaknya menyasarkan sekitar 2,000 pengunjung akan singgah ke program berkenaan.
“Antara produk akan ditawarkan adalah makanan, kosmetik, kraftangan, rempah ratus dan sayur-sayuran. Usaha ini turut mendapat kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama).
“Turut mengambil bahagian adalah Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Kolej Geomatika dan Persatuan Seni dan Budaya Krisna Balaram Melaka,” katanya pada sidang media, semalam.
Hadir sama Pengarah International Institute of GEMA (IIGEMA), Prof. Dr. Kamari Kasan dan Presiden Krishna Balaram Indian Arts & Cultural Society Melaka, Gobee Achudan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TOK RAUF TERHARU JUALAN MURAH DAPAT SAMBUTAN LUAR BIASA ORANG MASJID TANAH
MASJID TANAH 30 Oktober - Lebih 3,000 penduduk sekitar Masjid Tanah sanggup beratur untuk membeli ayam ditawarkan pada harga RM5...
PRN MELAKA: 189 BORANG PENCALONAN DIBELI, 45 INDIVIDU BAYAR DEPOSIT
PAYA RUMPUT 30 Oktober – Sebanyak 189 borang penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka telah dibeli setakat malam...
PRN MELAKA: 189 BORANG CALON DIBELI, 45 SUDAH BAYAR DEPOSIT – SPR
PAYA RUMPUT 30 Oktober - Sebanyak 189 borang penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 telah dibeli setakat...
PRN MELAKA: BIAR KERJA BERBICARA, BUKAN SEKADAR JANJI – CALON PN AYER KEROH
BUKIT KATIL 30 Oktober - Mengutamakan khidmat kepada rakyat berbanding menabur janji menjadi pendekatan calon Perikatan Nasional (PN) bagi Dewan...
KONDA-KONDI, DAM AJI JADI TARIKAN PELANCONG ASING DI FESTIVAL SILANG BUDAYA MELAKA
BANDARAYA MELAKA 30 Oktober - Inisiatif Kerajaan Negeri Melaka mengetengahkan sukan rakyat seperti konda kondi dan dam aji pada Festival...
PRN MELAKA: PN MAHU JADIKAN MELAKA LANDASAN PENYATUAN UMMAH
BUKIT KATIL 30 Oktober - Perikatan Nasional (PN) mahu menjadikan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 sebagai landasan memperkukuh penyatuan...
