Jom jumpa Mia Sara di teater muzikal Siti Di Alam Fantasi 2.0

Masa Membaca:1 Minit, 37 Saat

AYER KEROH 24 Februari – Menampilkan pelakon remaja Mia Sara Nasuha Muhammad Ridhuan, 18, membawa watak ‘Siti’ dalam Teater Muzikal Siti Di Alam Fantasi 2.0 mencetuskan fenomena baharu di Melaka.

Presiden Pertubuhan Teater Melaka (Pertem) merangkap Pengarah Teater, Lokman Ghani berkata penglibatan Mia Sara sebagai watak utama dalam teater itu, sekali gus memberi inspirasi kepada anak muda di negeri ini yang aktif dalam seni itu.

Katanya bakal dipentaskan pada 3 hingga 5 Mac ini sudah pasti penampilan Mia Sara yang berpengalaman menjadikan teater itu lebih menarik.

“Ini adalah peluang buat anak-anak Melaka berusia tujuh hingga 17 dibawah Pertem untuk mencari ilmu bersama mereka yang dikenali dalam dunia lakonan.

“Sebab itu saya juga menjemput Aziz M. Osman bersama anaknya Ara, saya yakin 80 peratus anak-anak Melaka yang pertama kali berada di atas pentas ini akan mencuit hati penonton,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Teater Muzikal Siti Di Alam Fantasi 2.0 Tahun 2023 di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Melaka, di sini, semalam.

Hadir sama Penasihat Kehormat Pertem, Datuk Jalaluddin Hassan; Timbalan Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Melaka, Fiza Farikha Mohd Yassin dan Ketua penolong Pengarah Unit Pembangunan Bakat Murid Sektor Pembangunan Murid Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, Azmi Osman.

Menurutnya penglibatan anak-anak muda dalam pementasan teater kali ini sudah pasti memberi impak besar kepada smwha aktivis kesenian serta penonton.

“Saya harap teater ini dapat menempah nama ke persada dunia, ini peluang Pertem untuk mendidik anak-anak muda tentang pementasan teater,” katanya.

Persembahan teater muzikal itu bermula pada 3 hingga 5 Mac bermula jam 8 malam di Auditorium Panggung Seri JKKN Melaka.

Penonton yang ingin membeli tiket hanya dikenakan bayaran RM25 bagi dewasa dan RM15 bagi kanak-kanak 4 hingga 12 tahun serta orang kurang upaya (OKU)

 

WhatsApp Image 2023-02-23 at 8.16.59 PM
SEBAHAGIAN pelakon teater Siti Di Alam Fantasi 2.0 bergambar bersama.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2462
Kongsi :
Previous post 65 anggota penyelamat terlibat misi SAR di Turkiye pulang hari ini
Next post Safari zoo antara produk baharu dibangunkan PBT
Ubah saiz-+=