Jom lihat Hilal Zulkaedah di Kompleks Falak Al-Khawarizmi Sabtu ini

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

TANJUNG BIDARA 17 Mei – Orang ramai boleh menyaksikan Hilal Zulkaedah secara langsung menerusi alatan optik khas di Balai Cerap Kompleks Al-Khawarizmi, Sabtu ini, bersamaan 29 Syawal 1444 Hijriah.

Ia sempena Program Cerapan Hilal Zulkaedah yang dianjurkan Jabatan Mufti Negeri Melaka.

Program bermula pada jam 6.30 petang hingga 11 malam itu turut menghimpunkan komuniti falak dan astronomi Negeri Melaka.

Mufti Melaka Datuk Wira Abdul Halim Tawil berkata, program itu diadakan bertujuan memberi pendedahan, kesedaran dan informasi terkini dalam bidang ilmu Astronomi dan Falak Syarie kepada orang ramai.

“Pada petang 20 Mei 2003 (Sabtu), insya-Allah kita berpeluang untuk melihat Hilal Zulkaedah 1444H sekiranya keadaan cuaca mengizinkan.

“Hilal Zulkaedah 1444H kali ini berpotensi untuk dilihat menggunakan alat optik seperti teleskop dan total station kerana umur hilal ketika itu 19 Jam, yang bermaksud memenuhi kriteria IMKANUR-RUKYAH iaitu ketinggian hilal pada petang tersebut 7 darjah dan jarak lengkung 9 darjah.

“Orang ramai yang berminat diundang hadir bagi menyaksikan secara realiti Hilal Zulkaedah pada kali ini,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Menurut Abdul Halim, selain menyaksikan Hilal Zulkaedah, pelbagai aktiviti menarik turut tersedia, antaranya gerai pameran, pertandingan astrofotografi, cerapan langit malam, himpunan teleskop dan sebagainya.

“Antara yang menarik ialah program jom tengok langit, yang mana orang ramai boleh merasai sendiri pengalaman yang amat berharga ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1075
Kongsi :
Previous post ‘Port OOTD’ ala filem Avatar di Air Terjun Sebukor
Next post Jalan alternatif Taman Murai Jaya siap Julai depan
Ubah saiz-+=