‘Port OOTD’ ala filem Avatar di Air Terjun Sebukor

Masa Membaca:1 Minit, 22 Saat

AYER KEROH 17 Mei – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menaik taraf kawasan Air Terjun Bukit Sebukor dengan lampu bewarna-warni ‘led tree light blue’ sebagai lokasi baharu untuk pengunjung bergambar ‘outfit of the day’ (OOTD).

Datuk Bandar MBMB, Datuk Shadan Othman berkata, mengambil inspirasi dengan mengadaptasi filem fantasi ‘Avatar’ kawasan itu menjadi salah satu tarikan buat orang ramai yang datang ke Melaka.

“Rata-rata negeri maju di negara kita ada tarikan mereka tersendiri, jadi kita ambil inisiatif mengindahkan kawasan air terjun ini yang suram pada waktu dahulu menjadi lebih menarik dengan lampu warna-warni.

“Pemandangan waktu malam Air Terjun Bukit Sebukor dilimpahi dengan cahaya warna-warni lampu hiasan, dulu kita pernah janji untuk cantikkan kawasan ini, alhamdulillah akhirnya ia dapat dilaksanakan.

“Air terjun ini mengambil inspirasi yang diadaptasi dari filem fantasi ‘Avatar’, kawasan bandar Melaka perlu dihiaskan dengan lampu-lampu supaya ia lebih menarik pada waktu malam,” katanya kepada Melaka Hari Ini (MHI) di sini, hari ini.

WhatsApp Image 2023-05-17 at 1.01.27 PM
KAWASAN Bukit Beruang turut dihiasi lampur bewarna-warni.

Katanya, kerja-kerja mengindahkan kawasan air terjun berkenaan mengambil masa sebulan bagi memastikan segala hiasan lampu bewarna-warni berkenaan disipakan dengan sempurna.

“Kita ambil masa hampir sebulan untuk siapkan, ini sebenarnya salah satu usaha nak menyambut Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) nanti, insya-Allah banyak lagi kawasan yang akan kita cantikkan dengan lampu warna-warni ini,” katanya.

Sebelum ini MBMB turut mengindahkan kawasan Bukit Beruang yang mana replika gong dinaik taraf dengan hiasan lampu neon berkonsepkan ‘firefly’ beserta arca bunga siantan berwarna oren kemerahan yang merupakan simbolik bunga rasmi MBMB.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1922
Kongsi :
Previous post Rempuh pokok bakau untuk loloskan diri
Next post Jom lihat Hilal Zulkaedah di Kompleks Falak Al-Khawarizmi Sabtu ini
Ubah saiz-+=