Jom meriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri Asahan malam ini

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

ASAHAN 19 April – Penduduk sekitar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan dijemput memeriahkan Rumah Terbuka DUN Asahan yang akan diadakan di Dataran Asahan, malam ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asahan Datuk Fairul Nizam Roslan berkata rumah terbuka tersebut akan bermula jam 8 malam.

Katanya, rumah terbuka tersebut akan diserikan dengan persembahan menarik dari artis Nizam Laksamana dan Yasser Fikri (Yasser Attak).

“Pelbagai juadah tradisional hari raya kita bakal sajikan kepada pengunjung pada majlis terbabit.

“Tahun ini kita menukar lokasi penganjuran rumah terbuka, tahun lalu kita buat di Pekan Nyalas, dan penambahbaikan dilakukan, jadi kita adakan rumah terbuka di Dataran Asahan kerana parkir lebih mudah.

“Jsaya jemput semua warga Asahan dan sekitar untuk ramai-ramai memeriahkan majlis rumah terbuka ini,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Mengulas lanjut, Fairul Nizam yang juga Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri berkata, dijangkakan lebih 5,000 pengunjung akan menghadiri rumah terbuka Aidilfitri DUN Asahan.

“Selain juadah tradisional, kita juga menyediakan makanan ringan khusus buat kanak-kanak di khemah-khemah sekitar buat pengunjung yang membawa anak-anak.

“Konsep rumah terbuka ini adalah untuk segenap lapisan masyarakat tanpa mengira umur, kaum dan latar belakang,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

99
Kongsi :
Previous post Langkah penting menuju negeri hijau dan mapan – KM
Next post (KEMAS KINI) Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka meninggal dunia
Ubah saiz-+=