Jonker Walk: Kerajaan perlu jaga sensitiviti

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

SERI NEGERI 22 Sept – Kerajaan mengamalkan pendekatan menjaga sensitiviti kaum sebelum mencampuri urusan pengelolaan pasar malam Jonker Walk.

Exco Pelancongan, Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata, ia termasuklah tidak menimbulkan sebarang polemik demi menjaga keamanaan sedia ada dalam kalangan majoriti peniaga kaum Tionghua di kawasan pelancongan itu.

“Jadi kita dalam pendekatan soal Jonker Walk ini, kami berhati-hati kerana tidak mahu melukakan hari rakyat negeri Melaka.

“Kita tak nak buat sesuatu yang menyebabkan kaum Tionghua yang berniaga di situ rasa kurang senang malah pandang kebencian pada kerajaan negeri Melaka,” katanya.

Muhammad Jailani (UMNO-Rembia) berkata demikian menjawab soalan tambahan Low Chee Leong (DAP-Kota Laksamana) mengenai penglibatan kerajaan negeri dalam surat cadangan penurunan caj tapak Jonker Walk yang didakwa dipandang remeh kerajaan.

Mengulas lanjut, Muhammad Jailani berkata, kerajaan tidak mengamalkan sikap tidak peduli terhadap peniaga berbangsa Cina di kawasan terbabit sebaliknya mengalu-alukan sebarang cadangan.

“Kalaulah adalah cadangan yang memanfaatakan rakyat negeri melaka, khususnya kaum peniaga Tionghua Jonker Walk, itu kami amat alu-alukan cuma kami tak mahu melanggar demi keamanan sedia ada di Jonker Walk.

“Tapi kalaulah Kota Laksamana (Low) boleh selesaikan di peringkat Kota Laksamana, kami sanggup turun bersama-sama kita boleh muktamadkan soal ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1184
Kongsi :
Previous post Exco wanita curi tumpuan, guna bahasa Tamil
Next post Aktiviti tambakan laut elak isu pembangunan milikan tanah – KM
Ubah saiz-+=