Exco wanita curi tumpuan, guna bahasa Tamil

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

SERI NEGERI 22 Sept. – EXCO Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan, Datuk Wira Latipah Omar (BN-Taboh Naning) mencuri tumpuan apabila menggunakan bahasa Tamil ketika sesi soalan lisan.

Latipah berbuat demikian ketika mula menjawab soalan G. Saminathan (PH-Gadek) mengenai bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Sekali gus tindakan itu dilihat meredakan sedikit ‘ketengangan’ tercetus sebelum itu ketika EXCO Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan, Datuk Muhammad Jailani Khamis ‘diasak’ dengan soalan tambahan Low Chee Leong (PH-Kota Laksamana) berkaitan projek lama pelancongan didakwa gagal termasuk Monorel Melaka dan isu caj tapak pasar malam Jonker Walk.

Tindakan Latipah itu juga menarik perhatian Timbalan Speaker Datuk Wira Ghazale Muhamad yang mencelah sambil bertanya: “Betul? (ucapan). Saya tak faham ni. Minta Gadek tolong saya…,” katanya sambil ketawa.

Mohd Sofi Abdul Wahab (PH-Durian Tunggal) kemudian mencelah.

“Kena translate (terjemah), tak faham Taboh Naning” katanya.

Latipah kemudian menterjemah ucapannya: “Selamat pagi saya ingin menjawab soalan daripada Gadek. Terima kasih YB Speaker saya jawab soalan nombor 6. Satu Malaysia” dan dijawab ‘Ok’ oleh Ghazale.

Sesi pertanyaan lisan Persidangan Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka ke-14, di Dewan Undangan Negeri, Seri Negeri hari ini berakhir pada soalan nombor 7.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

846
Kongsi :
Previous post Monorel Melaka terhenti kerana kegagalan syarikat konsensi
Next post Jonker Walk: Kerajaan perlu jaga sensitiviti
Ubah saiz-+=