Monorel Melaka terhenti kerana kegagalan syarikat konsensi

Masa Membaca:59 Saat

SERI NEGERI 22 Sept – Kegagalan syarikat konsensi dilantik kerajaan menepati penjanjian dan terma pengurusan Monorel Melaka menjadi punca projek pelancongan itu terhenti.

Exco Pelancongan, Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata, kegagalan itu menyebabkan konsensi syarikat berkenaan ditamatkan pada projek yang diluluskan Unit Pembangunan Ekonomi Negeri (UPEN) pada 21 November 2017.

“Untuk status sekarang, monorel ini syarikat usahanya telah ditamatkan dan daripada maklumat yang saya terima adalah kerana yuran komitmen yang patut dibayar RM100,00 kepada UPEN tidak dibayar.

“Dan juga daripada bermulanya tempoh konsesi ini, lima peratus daripada daripada jumlah keuntungan atau minima RM1,000 yang seharusnya dibayar kepada Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) juga tidak dilaksanakan.

“Malah, terdapat lagi beberapa pelanggaran-pelangaran terma-terma perjanjian kerajaan rasa tidak boleh ditoleransikan,” katanya.

Muhammad Jailani (PN-Rembia) berkata demikian menjawab soalan tambahan Low Chee Leong (DAP-Kota Laksamana) mengenai status projek pelancongan lama di Melaka pada sesi soal jawab lisan di Persidangan Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Ke-14 di sini hari ini.

Terdahulu, Low dalam soalan asalnya bertanyakan apakah pelan yang dirangka jangka kerajaan negeri bagi membantu sektor pelancongan yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

637
Kongsi :
Previous post Pembangunan e-Sukan Melaka akan diperhebat, cungkil bakat baharu
Next post Exco wanita curi tumpuan, guna bahasa Tamil
Ubah saiz-+=