Sorting by

×

Pembangunan e-Sukan Melaka akan diperhebat, cungkil bakat baharu

Masa Membaca:1 Minit, 19 Saat

SERI NEGERI, 22 Sept – Pembangunan sukan elektronik atau e-Sukan akan diperhebat dari semasa ke semasa dalam memastikan bakat baharu anak negeri ini dapat dicungkil untuk diangkat ke peringkat tertinggi.

Exco NGO, Pembangunan Belia dan Sukan negeri Datuk Rafiq Naizamohideen berkata, pelbagai program pembangunan akan dirangka untuk memperkasa e-Sukan di negeri ini.

“Saya ambil maklum pandangan Yang Berhormat Ayer Keroh tentang keperluan kita tambah program seminar atau bengkel bagi tujuan pembangunan e-Sukan Melaka, kita (Kerajaan Melaka) akan berbincang dengan pihak Jabatan Belia dan Sukan Melaka, Majlis Sukan Negara negeri Melaka, dan Persatuan e-Sukan Melaka (MEA).

“Pada masa sama, saya kira usaha kerajaan negeri untuk kerjasama dengan MEA dan agensi terlibat anjurkan kejohanan ini adalah satu platform yang baik, bagi cungkil bakat, saya fikir itu satu usaha tepat dalam tempoh penganjuran.

“Kita dapat kenal pasti bakat baharu yang sebelum ini tidak ditonjolkan, tetapi mereka ini adalah yang berpotensi untuk diketengahkan dalam sukan elektronik ini, sama ada mewakili Melaka termasuk dalam SUKMA yang juga mempunyai kategori e-Sukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan dari Kerk Chee Yee (PH-Ayer Keroh) dalam Persidangan Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Ke-14 di sini, sebentar tadi.

Pada masa sama, Rafiq turut menjelaskan Jawatankuasa Pemantau Esport Negeri Melaka diteruskan, sebagai antara komponen dalam pembangunan sukan elektronik negeri ini.

“Saya juga ingin maklum kepada Ayer Keroh, bahawa di peringkat kerajaan negeri, kita masih teruskan usaha yang telah diwujudkan iaitu Jawatankuasa Pemantau Esport Negeri Melaka, untuk merangka garis panduan penubuhan sukan elektronik ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

403
Kongsi :
Previous post Annuar kupas isu industri seni menerusi Twitter Spaces Jumaat ini
Next post Monorel Melaka terhenti kerana kegagalan syarikat konsensi
Ubah saiz-+=