Joran nyaris dilarikan ‘bandaraya’

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

BANDARAYA MELAKA 26 Februari – “Ketika saya sedang leka melihat pemancing lain menaikkan ikan, tidak semena-mena joran saya ‘menunduk’ dan nyaris terjatuh dalam sungai.

“Mujurlah saya sempat menyambarnya, kemudian bermulalah pertarungan dengan seekor spesies ikan kehitaman yang sering digelar ikan pendatang atau ‘bandaraya’,” kata Anuar Samat, dari Kuala Selangor, Selangor.

Anuar merupakan naib juara Pertandingan Memancing Air Tawar Sungai Melaka sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) berlangsung di Pengkalan Rama, di sini, semalam, selepas mendaratkan ikan bandaraya seberat 0.905 kilogram (kg).

Selaku naib johan, dia membawa pulang hadiah wang tunai RM7,000 yang disampaikan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Photo 6257884349932355474 Y
ANUAR diumumkan naib johan pertandingan selepas berjaya mendaratkan ikan ‘bandaraya’ seberat 0.905 kilogram. Foto MR AZLI

Pesara tentera ini berkata, atas dasar minat terhadap dunia memancing, dia sanggup menempuh perjalanan beratus kilometer untuk ke Melaka bersama keluarganya.

Kesempatan menyertai pertandingan memancing di negeri ini juga dianggap sebagai peluang untuk dia dan keluarga makan angin sambil melayani hobinya.

“Kalau sudah katakan minat, saya sanggup menjelajah ke seluruh negara untuk sertai pertandingan memancing. Alhamdulillah, kali ini ada juga rezeki saya untuk naik podium,” katanya.

Menurutnya, gelaran naib juara itu merupakan yang ketujuh diraihnya sepanjang menyertai pertandingan memancing di seluruh negara.

“Walaupun belum rezeki bergelar juara, namun ia tidak pernah mematahkan semangat kerana saya percaya pada rezeki Allah SWT,” ujarnya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1430
Kongsi :
Previous post Rezeki anak ketiga, tentera menang RM30,000
Next post Lebih 3,000 ikan dipancing di Sungai Melaka
Ubah saiz-+=