Jualan pasar tani bantu rakyat

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

JASIN 8 Ogos – Program Jualan Bulan Kemerdekaan @ Pasar Tani PKPP Negeri Melaka diadakan bagi membantu meringankan beban rakyat dalam berbelanja.

Ketua Menteri Datuk Haji Sulaiman Md Ali berkata, program itu adalah anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan ( FAMA) dan menawarkan potongan harga sehingga 20 peratus daripada harga pasaran.

Beliau berkata, program jualan itu menawarkan jualan segar seperti sayur- sayuran, ayam, daging, produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) serta produk pertanian tempatan.

“Program ini mampu menawarkan harga yang lebih berpatutan kepada pengguna dengan pengurangan harga antara lima hingga 20 peratus lebih rendah.

“Ia juga dapat membantu kerajaan memastikan bekalan hasil pertanian mencukupi untuk keperluan pengguna terutamanya pada musim perayaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas sesi ‘Walkabout’ di Pasar Tani Jasin sempena lawatan kerja ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN Rim Datuk Wira Ghazale Muhammad.

Mengulas lanjut beliau berkata, walaupun negara kini dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), Pasar Tani Negeri Melaka beroperasi mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Sementara, Sulaiman berkata, dalam tempoh tujuh bulan tahun ini Pasar Tani Negeri Melaka mencatatkan nilai jualan keseluruhan berjumlah RM2.5 juta.

“Jumlah itu direkodkan dari Januari hingga Julai dengan seramai 389 peserta membabitkan 15 lokasi di Melaka,” katanya.

Ends

Views:

461
Kongsi :
Previous post Masyarakat perlu anggap diri sendiri sebagai ‘frontliners’
Next post Tanah terbiar diberi kepada usahawan muda usahakan nenas
Ubah saiz-+=