KADMDI sasar 5,000 belia ceburi bidang usahawan

Masa Membaca:1 Minit, 22 Saat

AYER KEROH 18 Mac – Kolej Antarabangsa Dunia Melayu Dunia Islam (KADMDI) menyasarkan 5,000 belia bakal menceburi bidang perniagaan secara atas talian menerusi program berbentuk ‘e-commerce’ atau perdagangan elektronik di negeri ini.

Inisiatif itu dilaksanakan menerusi perjanjian persefahaman yang dimeterai bersama pihak Lazada Malaysia dan Myprodigy Global.

Pengerusi KADMDI, Mohd Ridhwan Mohd Ali berkata, ia secara tidak langsung memberi peluang kepada golongan belia di negeri ini mempelajari bagaimana untuk menjadi usahawan yang berjaya.

MOHD Jamil semasa menandatangani persefahaman tersebut.

“Dengan kerjasama Lazada Malaysia dan MyProdigdy Global kita dapat membantu mereka terutama graduan lepasan universiti untuk mempersiapkan diri dengan pengetahuan dalam bidang ‘online’.

“Di peringkat kolej, kita lihat ada beberapa segmen antaranya lepasan universiti dan kita juga segmen bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Menandatangani Persefahaman Bersama KADMDI, Lazada Malaysia dan Myprodigy Global di Bilik Mesyuarat DMDI Kota Cemerlang, hari ini.

Jelasnya, kesemua usahawan yang dilatih melalui platform atas talian itu akan diperluaskan lagi melalui rangkaian Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI).

“Usahawan yang kita latih melalui platform atas talian dengan bantuan pemain industri seperti Lazada Malaysia dan MyProdigy Global ini, sudah pasti boleh menembusi negara luar menerusi DMDI.

“Jadi, sasaran kita dalam Negeri Melaka ini seramai 5,000 belia bakal memanfaatkan platform ini seperti perbincangan bersama pemain industri tempoh hari,” katanya lagi.

Hadir sama, Rektor KADMDI, Prof (Adj) Datuk Wira Mohd Jamil Mukmin; Pengurus Besar Yayasan DMDI, Datuk Wira Zainal Hussin; Pengasas MyProdigy Global, Senator Jaziri Alkaf A. Suffian dan wakil Lazada Malaysia (Hal Ehwal Kerajaan), Afiq Redzuan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

673
Kongsi :
Previous post Kerajaan negeri nafi hutan paya bakau Tanjung Tuan ‘nazak’
Next post Laluan ‘fastlane’ untuk kenderaan pelancongan di Melaka
Ubah saiz-+=