
Kanak-kanak dibenar masuk stadium berikutan fasa peralihan endemik
PUTRAJAYA, 31 Mac – Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun akan dibenarkan masuk ke dalam stadium selaras dengan fasa peralihan endemik bermula 1 April ini, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
Selain itu, Ahmad Faizal berkata aktiviti makan dan minum di dalam stadium yang sebelum ini tidak dibenarkan, kini dibolehkan.
“Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengalu-alukan apabila stadium dan pusat kejohanan membenarkan penonton makan dan minum, selain kanak-kanak di bawah umur 12 tahun dibenarkan masuk. Sudah tentu kelonggaran ini disambut baik oleh orang ramai.
“Namun prosedur operasi standard (SOP) untuk terus memakai pelitup muka jika tidak minum atau makan, serta penjarakan sosial perlu dipatuhi,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Putrajaya Night Ride 2022 di sini malam ini.
Ahmad Faizal berkata Majlis Keselamatan Negara akan memperincikan lebih banyak kelonggaran SOP dalam masa terdekat.
Terdahulu, Ahmad Faizal melepaskan kira-kira 200 peserta program yang menyertai aktiviti berbasikal serta larian santai sejauh 10 kilometer, di sekitar Putrajaya.
Program inisiatif KBS itu, bertujuan memperkasakan agenda pembangunan belia dan sukan menerusi gaya hidup aktif dan sihat, termasuk dalam kalangan penjawat awam.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
JELAPANG PADI MELAKA SUMBANGAN LEBIH 6,000 TAN PENGELUARAN
SERI NEGERI 9 Disember - Keluasan tanaman padi di Melaka bagi tempoh Januari hingga November 2025 mencatatkan sebanyak 1,590.36 hektar...
WCE: LALUAN SEPANJANG 69 KILOMETER, WUJUDKAN ENAM PINTU MASUK BAHARU KE MELAKA
SERI NEGERI 9 Disember - Pelaksanaan projek Lebuhraya Pantai Barat (WCE) bukan sahaja mewujudkan jaringan sistem perhubungan jalan raya lebih...
INISIATIF RM50,000 BAIK PULIH, NAIK TARAF FASILITI SUKAN SETIAP DUN DI MELAKA
SERI NEGERI 9 Disember - Kerajaan Negeri Melaka menyediakan peruntukan RM50,000 bagi melaksanakan kerja naik taraf dan baik pulih kemudahan...
MELAKA SALUR BANTUAN KEWANGAN BULANAN, CAKNA KEPERLUAN WARGA EMAS
SERI NEGERI 9 Disember - Bantuan kewangan RM500 disalurkan Kerajaan Negeri kepada warga emas bagi memastikan kebajikan golongan itu terjamin,...
BAJET NEGERI MELAKA 2026: MPHTJ LAKSANA NAIK TARAF INFRASTRUKTUR LEBIH MENYELURUH
SERI NEGERI 9 Disember - Peningkatan peruntukan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menerusi Bajet Negeri Melaka 2026 memberi ruang lebih...
BAJET NEGERI MELAKA 2026 LULUS
SERI NEGERI 9 Disember – Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, hari ini, meluluskan Bajet Negeri Melaka 2026 yang bertemakan ‘Pembangunan...
