
Kanak-kanak lelaki maut dipercayai terjatuh dari tingkat 10
KUALA LUMPUR, 10 Feb – Seorang kanak-kanak lelaki berusia dalam lingkungan lima atau enam tahun maut dipercayai akibat terjatuh dari tingkat 10 sebuah kuarters Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) Cheras di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata mangsa ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri pada 8.20 pagi di pekarangan kuarters terbabit dan telah dibawa ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia menggunakan ambulans Briged Tengah PGA.
Beliau berkata kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia di hospital tersebut.
“Ketika kejadian, mangsa yang merupakan anak anggota polis dikatakan tinggal seorang diri dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
“Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana kesalahan pengabaian,” katanya kepada Bernama.
Mohd Zaid meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berdekatan.
Beliau turut menasihati orang ramai supaya tidak melakukan pengabaian terhadap anak di bawah umur bagi mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PAYA RUMPUT BUKA TIRAI RUMAH TERBUKA AIDILFITRI MELAKA 2026
PAYA RUMPUT 21 Mac - Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput tahun ini akan diadakan secara sederhana...
SWM ENVIRONMENT UKIR SENYUMAN LEBARAN
TELOK MAS 21 Mac - SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment) terus memperkukuh menzahirkan rasa cakna terhadap insan kurang bernasib...
POLIS MELAKA TUMPASKAN SINDIKET PENIPUAN KHIDMAT SEKS DALAM TALIAN
MELAKA 21 Mac - Polis menumpaskan sindiket penipuan dalam talian dengan penahanan 15 individu termasuk warga China, di Kampung Lapan,...
SENTUHAN MPAG BAWA KECERIAAN, SINARI AIDILFITRI
TABOH NANING 21 Mac - Inisiatif kongsi rezeki daripada Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) menceriakan asnaf dari lima Dewan Undangan...
‘IDEA TOK RAOP MEMANG TERBAIK’
TANJUNGÂ BIDARA 21 Mac - Usaha berterusan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menjaga kebajikan rakyat negeri ini...
KETUA MENTERI HARGAI PENGORBANAN RAKYAT MELAKA BERTUGAS DI HARI RAYA
TANJUNG BIDARA 21 Mac - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menzahirkan penghargaan terhadap semua rakyat Melaka yang...
