TYT terima kunjung hormat lapan duta dan lima kuasa usaha negara Arab
SERI NEGERI: Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali menyambut ketibaan delegasi duta-duta Arab mengadakan kunjung hormat ke atas Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam, di Istana Melaka, hari ini.
Beliau berkata, delegasi seramai lapan orang Tuan Yang Terutama (TYT) Duta-Duta dan lima Kuasa Usaha daripada negara-negara Arab diketuai oleh Datuk Seri Syed Hussien Al Habshee, Pengerusi SME Corp Malaysia merangkap penyelaras Lawatan Duta Arab ke Negeri Melaka.
“Bagi pihak Kerajaan Negeri Melaka, saya mengalu-alukan kunjungan duta-duta asing di Negeri Melaka.
“Tentunya kunjungan yang cukup bermakna ini dapat merintis hubungan lebih erat termasuk peluang-peluang pelaburan baharu ke Negeri Melaka, insya-Allah,” katanya.
Senarai Duta yang hadir pada hari ini ialah TYT Dr. Adel Mohamed Ali BA Hamid, Duta Besar Republik Yaman ke Malaysia; TYT Mahmoud Said Qattan, Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia; TYT Thamer A M Adwan, Duta Besar Jordan ke Malaysia; TYT Sheikh Al-Abbas Ibrahim Hamed Al Harthi, Duta Besar Oman ke Malaysia dan TYT Walid A.M Abu Ali, Duta Besar Palestin ke Malaysia.
Turut hadir TYT Dr. Hamad Mohammad Hassan Burhamah, Duta Besar Kuwait ke Malaysia; TYT Saad Maandi, Duta Besar Algeria ke Malaysia; TYT Ragai Tawfik Said Nasr, Duta Besar Mesir ke Malaysia; TYT Dr. Hamed Ibraheem Abd-Alkareem Al-Jeboori, Kuasa Usaha Republik Iraq ke Malaysia; TYT Dr. Nagat M.S Elforgani, Kuasa Usaha Libya ke Malaysia; TYT Omar Bouchiar, Kuasa Usaha Maghribi ke Malaysia; TYT Omer Mahgoub Ahmed Oushek, Kuasa Usaha Sudan ke Malaysia dan TYT Rashid Salem Al-Buainain, Kuasa Usaha Qatar ke Malaysia.
Hadir sama EXCO Kanan Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan Usahawan negeri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.