
Kandang terbakar: 25 ekor kambing rentung
KEPALA BATAS 28 Feb. – Seorang penternak kambing kerugian puluhan ribu ringgit selepas 25 ekor kambing rentung dalam kebakaran sebuah kandang di Jalan Permatang Kerai Besar, malam tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 10.18 malam sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kepala Batas dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Sebaik bomba tiba, didapati sebuah kandang kambing binaan kayu berkeluasan kira-kira 84 meter persegi sedang marak terbakar dengan 90 peratus strukturnya telah musnah serta 25 ekor kambing yang berada di situ turut hangus,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata berdasarkan maklumat daripada pemilik kandang itu, kebakaran dipercayai bermula daripada pembakaran najis kambing di bawah kandang tersebut pada sebelah petang sebelum api merebak sehingga membakar kandang.
Api berjaya dikawal dengan bantuan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) pada 10.40 malam dan kebakaran dipadamkan sepenuhnya kira-kira 20 minit kemudian, menurut jurucakap itu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SENTUHAN MPAG BAWA KECERIAAN, SINARI AIDILFITRI
TABOH NANING 21 Mac - Inisiatif kongsi rezeki daripada Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) menceriakan asnaf dari lima Dewan Undangan...
‘IDEA TOK RAOP MEMANG TERBAIK’
TANJUNGÂ BIDARA 21 Mac - Usaha berterusan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menjaga kebajikan rakyat negeri ini...
KETUA MENTERI HARGAI PENGORBANAN RAKYAT MELAKA BERTUGAS DI HARI RAYA
TANJUNG BIDARA 21 Mac - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menzahirkan penghargaan terhadap semua rakyat Melaka yang...
TOK RAUF KONGSI KEMAJUAN KAMPUNG PULAU
TANJUNG BIDARA 21 Mac - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkongsi pencapaian dan kemajuan Kampung Pulau dalam...
‘BOT KUDA BELANG’ HIASI SUNGAI MELAKA
BANDARAYA MELAKA 21 Mac - Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) bersama Zoo Melaka berganding bahu memperkasakan sektor pelancongan...
TYT TUNAI SOLAT SUNAT AIDILFITRI DI MASJID AL-AZIM
PENGKALAN BATU 21 Mac - Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam dan isteri Toh Puan...
