Karnival Penjana Kerjaya ‘Melaka Careertrans 2020’ tawar 4,500 peluang pekerjaan

Masa Membaca:1 Minit, 18 Saat

AYER KEROH, 7 Ogos – Karnival Penjana Kerjaya ‘Melaka Careertrans 2020’ bakal menawarkan 4,500 peluang pekerjaan melalui Skim Penjana Kerjaya yang akan diadakan pada 18 hingga 19 Ogos 2020.

Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial Pekerja (Perkeso) Melaka Abd. Razak Omar berkata, program anjuran menerusi kerjasama kerajaan negeri itu mampu menangani masalah pengangguran sekali gus membantu majikan dan pencari kerja melalui skim terbabit.

Menurutnya, program berkenaan turut membabitkan 30 majikan dan 7 pusat latihan ditawarkan kepada orang ramai pada program yang bakal diadakan di Dewan Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MiTC).

“Kita harap agar program seperti ini mampu menjadi landasan kepada majikan dan pencari kerja yang akan mancapai situasi ‘menang-menang’ di mana majikan boleh terus mendapat pekerja yang bersesuaian manakala pekerja mendapat pelbagai pilihan pekerjaan yang boleh dimohon.

“Kita menganggarkan program berkenaan akan mendapat sambutan kira-kira 5,000 pengujung, bagaimanapun kami menasihatkan orang ramai agar mematuhi peraturan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan dengan mewajibkan pemakaian pelitup muka semasa program tersebut.

“Perkeso Melaka menyeru semua lapisan masyarakat agar tidak terlepas dengan peluang ini kerana pelbagai peluang pekerjaan perlu direbut malah pelbagai pendekatan lain ditawarkan pada program ini seperti latihan kemahiran, bengkel kebolehpekerjaan dan temuduga terbuka,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini (MHI).

Karnival Penjana Kerjaya ‘Melaka Careertrans 2020’ adalah rentetan bagi menyokong dasar kerajaan seperti yang insentif yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana).

Media tempatan melaporkan, Kementerian Sumber Manusia menerusi Perkeso bersedia menerima permohonan daripada majikan bagi insentif pengambilan pekerja di bawah Program Penjana Kerjaya yang mula dibuka bermula Julai lalu.

Views:

468
Kongsi :
Previous post Melaka komited kekalkan negeri hijau bebas pandemik
Next post Pelitup muka: Pakai bukan hanya untuk ‘cukup syarat’
Ubah saiz-+=