
Kawasan R&R dibuka 24 jam setiap hari sepanjang musim perayaan
KUALA LUMPUR, 25 April – Semua kawasan rehat dan rawat (R&R) dan Hentian Sebelah Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dibuka 24 jam setiap hari untuk kemudahan serta keselesaan pelanggan lebuhraya sepanjang musim perayaan Aidilfitri.
Ketua Pegawai Operasi PLUS Datuk Zakaria Ahmad Zabidi berkata pihaknya akan menyediakan tandas tambahan dan lori tangki di R&R dan Hentian Sebelah bagi mengimbangi peningkatan jumlah pelanggan yang singgah di kawasan berkenaan.
“Bagi menguruskan trafik di kawasan-kawasan rehat, PLUS juga akan mendapatkan khidmat pasukan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata sekiranya kawasan rehat terlalu padat dan sesak sehingga memberi kesan kepada kelancaran perjalanan trafik di lebuh raya, ia mungkin terpaksa ditutup sementara sebelum dibuka secepat mungkin setelah keadaan kembali terkawal.
Selain itu terdapat 109 stesen minyak beroperasi di sepanjang lebuh raya PLUS untuk memudahkan pelanggan mendapatkan makanan dan menggunakan tandas serta surau selain mengisi minyak.
PLUS menjangkakan lebih dua juta kenderaan akan menggunakan rangkaian lebuh rayanya antara 29 April hingga 9 Mei.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SENARAI RUMAH TERBUKA AIDILFITRI 2026 NEGERI MELAKA
BERIKUT disertakan senarai Rumah Terbuka Aidilfitri Negeri Melaka bagi tahun 2026. Ketetapan tarikh, masa dan lokasi bagaimanapun tertakluk kepada perubahan:...
JUALAN PRIHATIN DUN PAYA RUMPUT DISERBU, TAWAR AYAM RM7 DAN DAGING RM25
PAYA RUMPUT 18 Mac - Jualan Prihatin Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput menerima sambutan luar biasa apabila orang ramai...
OPS HRA 2026: JPJ MELAKA AMBIL TINDAKAN TERHADAP 430 KENDERAAN, ENAM DISITA
MELAKA, 18 Mac - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka mengambil tindakan terhadap 430 kenderaan selain menyita enam yang lain dalam...
HUFFAZ TAPI HEBAT MENYELAM, PULAU BESAR KINI ‘KILANG’ TAHFIZ TVET
AYER MOLEK 18 Mac - Maahad Tahfiz Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) pertama negara yang memperkenalkan persijilan kursus...
DUGAAN MENJELANG SYAWAL, 50 RUMAH DI BUKIT RAMBAI ROSAK DIBADAI RIBUT
MELAKA, 18 Mac - Sambutan Aidilfitri sebahagian penduduk di Bukit Rambai di sini suram selepas rumah mereka mengalami kerosakan akibat...
MAIM RINGANKAN BEBAN MANGSA RIBUT KAMPUNG PULAU SAMAK
KESIDANG 18 Mac - Dugaan Ramadan. Itu situasi menggambarkan nasib 11 keluarga di Kampung Pulau Samak, di sini, apabila diuji...
