Kehadiran 80 peratus ke muzium meningkat, Melaka catat 1.3 juta pelancong tahun 2021

Masa Membaca:1 Minit, 47 Saat

SERI NEGERI 10 Jan- Melaka menerima seramai 1.303 juta pelancong dari dalam dan luar Melaka sepanjang Jan sehingga Nov 2021.

Ketua Menteri, Datuk Seri utama Sulaiman Md Ali berkata jumlah itu diperolehi hasil daripada pelbagai inisiatif kerajaan negeri menarik lebih ramai kehadiran pelancong sama ada menerusi program secara maya mahupun program fizikal.

Katanya, menerusi Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) telah melaksanakan Melaka Safe Haven & Relax @Melaka dan kempen Melakan visit Melaka 3.0 secara atas talian pada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu.

“Disebabkan kempen secara maya itu, kehadiran pengunjung ke Muzium meningkat hampir 80 peratus manakala kehadiran di Zoo Melaka mencatatkan seramai 10,000 pengunjung dalam tempoh 16 hari selepas dibuka semula kepada orang ramai.

“Terkini Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) telah melancarkan pakej Everlasting Love Boat kepada pasangan suami isteri bagi menyambut hari-hari istimewa dan ia merupakan satu lagi tarikan baharu di Melaka.

“Bagi pelancongan Kesihatan Putra Specialist Hospital (PSH) Melaka pada tahun 2022 akan menggunakan teknologi robotik sekaligus menjadikan hospital pertama di asia yang menggunakan teknologi itu.

“Diharapkan tahun ini, Putra (Specialist Hospital) dapat membawa masuk ramai pelawat ke negeri ini bagi dalam sektor pelancongan kesihatan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Amanat Tahun Baharu 2022 di Auditorium Seri Negeri, hari ini.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Wira Ibrahim Durum, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zaidi Johari dan barisan Exco Kerajaan Negeri, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta ketua jabatan dan agensi kerajaan negeri.

Mengulas lanjut, Sulaiman berkata perkembangan pesat sektor pelancongan di Melaka akan memberi limpahan manfaat bukan sahaja kepada pengusaha hotel, dan produk pelancongan di negeri ini.

“Limpahan manfaat pelancongan ini dapat dirasai oleh segenap masyarakat termasuk pengayuh beca, penjual kraftangan, pemandu teksi, pengusaha restoran, penjaga warong bakal menerima pulangan lumayan hasil dari usaha kerajaan negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Amanat Tahun Baharu 2022 di Auditorium Seri Negeri, hari ini.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Wira Ibrahim Durum, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zaidi Johari dan barisan Exco Kerajaan Negeri, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta ketua jabatan dan agensi kerajaan negeri.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

882
Kongsi :
Previous post Kertas siasatan kereta api tidak berhenti di Kuala Gris siap dua minggu – KTMB
Next post Anak teruja kembali ke sekolah
Ubah saiz-+=