Sorting by

×

KEJOHANAN BOLING KUKUHKAN PERPADUAN KRT ALOR GAJAH

Masa Membaca:55 Saat

AYER KEROH 27 Ogos – Kejohanan Bowling Siri 2: 2025 Komuniti Rukun Tetangga (KRT) Alor Gajah menghimpunkan seramai 136 peserta mewakili 34 pasukan yang berentap dalam suasana penuh semangat kesukanan dan ukhwah di Pusat Boling Antarabangsa Melaka (MIBC), pada Sabtu.

Kejohanan berkenaan turut mendapat kerjasama Pejabat Perpaduan Daerah Alor Gajah yang turut menghantar pasukan bagi memeriahkan lagi suasana.

Whatsapp image 2025 08 26 at 3.51.41 pm
MOHD Ridhuan.

Pengelola kejohanan merangkap Pengerusi KRT Taman Seri Kelemak, Mohd Ridhuan Othman, berkata acara tersebut membuktikan komitmen masyarakat dalam usaha memupuk perpaduan dan kesepakatan melalui platform sukan.

“Ini merupakan inisiatif tahunan selaras dengan objektif rukun tetangga untuk memperkukuh hubungan dalam kalangan ahli komuniti melibatkan pelbagai latar belakang.

“Program sebegini bukan sekadar pertandingan sukan, malah dapat memupuk semangat kerjasama, toleransi dan hormat-menghormati,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Menurutnya, Pejabat Perpaduan Daerah Alor Gajah akan terus bekerjasama menganjurkan kejohanan itu pada masa akan datang.

“Sepanjang kejohanan, para peserta mempamerkan aksi yang bertenaga. Justeru, acara seperti ini perlu diteruskan setiap tahun bagi memastikan silaturahim antara KRT terus kekal terjalin,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

553
Kongsi :
Previous post AKCC, PPSPM METERAI MOU PERKUKUH PROMOSI SILANG PELANCONGAN
Next post PERSIARAN JALAN MERDEKA DITUTUP SECARA BERPERINGKAT MULAI ESOK