Kemalangan di kilometer 36.2 arah timur, Gombak-Genting Sempah sebabkan trafik perlahan

Masa Membaca:56 Saat

KUALA LUMPUR 27 Mei – Anih Berhad, pengendali Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1) mengesahkan kemalangan di Kilometer 36.2 arah timur (Gombak-Genting Sempah) menyebabkan trafik perlahan sepanjang dua kilometer.

Menerusi kenyataan Anih mengesahkan kemalangan membabitkan sebuah lori dan Perodua Myvi itu sudah ditangani serta terkawal selain pasukan bomba juga sudah berada di lokasi kejadian.

Kesesakan sepanjang dua kilometer akibat kemalangan. Foto Facebook Lebuhraya Pantai Timur

“Pada masa ini laluan hanya kanan dibuka untuk pengguna demi memudahkan tugas pasukan bomba mengeluarkan mangsa dan diharapkan pengguna mematuhi arahan diberikan petugas serta berhati-hati.

“Kami juga memberikan jaminan kepada orang ramai bahawa syarikat sentiasa dalam keadaan bersedia dan komited untuk memastikan keselamatan serta keselesaan pengguna lebuh raya sebagai keutamaan,” katanya.

Untuk sebarang maklumat lanjut dan terkini pengguna boleh merujuk laman sosial rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia/Anih Berhad di Twitter @LLMTrafik @LPTTrafik dan Facebook @Lembaga Lebuhraya Malaysia @Lebuhraya Pantai Timur atau hubungi ‘hotline’ LLM 1800-88-7752 atau LPT-Line 1-700-818-700

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1437
Kongsi :
Previous post Peniaga makan lega PM umum henti sementara eksport ayam
Next post PM ucap tahniah kepada pemenang Anugerah Guru Berdedikasi Cambridge 2022
Ubah saiz-+=