Kempen Pembudayaan Norma Baharu: Putuskan rantaian COVID-19

AYER KEROH, 10 Ogos – Ketua Menteri Datuk Haji Sulaiman Md Ali menyifatkan pelaksanaan ‘Kempen Pembudayaan Norma Baharu’ mampu meningkatkan kesedaran kawalan kendiri dalam kalangan masyarakat, sekali gus dapat memutuskan rantaian wabak COVID-19.

“Kempen Pembudayaan Norma Baharu ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran kawalan kendiri dalam kalangan masyarakat.

“Rakyat perlu terus bekerjasama dengan pihak kerajaan khususnya para petugas kesihatan dan penguatkuasa undang-undang untuk memastikan norma baharu diamalkan bagi memutuskan rantaian wabak ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kerajaan Negeri Melaka Bil 8/2020 & Majlis Pelancaran Kempen Pembudayaan Norma Baharu Peringkat Negeri Melaka di Dewan Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), sebentar tadi.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Dr Hasim Hasan, barisan Exco Kerajaan Negeri Melaka serta wakil-wakil jabatan.

Sementara itu, Sulaiman turut merakamkan penghargaan buat Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana terus prihatin dengan permasalahan rakyat serta serius mencegah wabak COVID-19.

“Pada sisi lain, kelmarin (8 Ogos 2020) kita telah mendengar amanat bagi Pelancaran Kempen Pembudayaan Norma Baharu yang disampaikan oleh ‘abah’ kita, iaitu Yang Amat Berhormat Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri Malaysia.

“Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri kerana tidak pernah berputus asa menggembleng tenaga, prihatin terhadap kebajikan rakyat Malaysia.

“Kerajaan negeri sentiasa menyokong segala inisiatif dan gerak kerja Kerajaan Pusat untuk sama-sama memacu negara ke arah pencapaian yang terbaik,” tambahnya.

Views:

2
Previous post Kumpulkan pesilat seluruh Melaka, tahun depan
Next post Jentera SWM kibar Jalur Gemilang