
Keracunan makanan: 15 termasuk pengusaha katering dirakam keterangan
Ketua Polis Daerah Gombak ACPĀ Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata mereka yangĀ dipanggil terdiri daripada ahli keluarga mangsa, pakar patologi, penyedia makanan dan pembekal.
“Sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan individu dirakam keterangan setakat ini dalam membantu siasatanĀ adalah seramai 15 individuĀ dan tindakan hari ini untuk merakam keterangan mangsa-mangsa keracunan yang lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Pada Rabu lepas, polis telah merakam keterangan lapan individu bagi membantu siasatan dalam kejadian keracunan makanan di Gombak, di sini.
Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) juga sedang menjalankan siasatan bagi mengesan kes-kes baharu berhubung kejadian keracunan makanan pada Program Kemahiran Amal Islami (KAMIL) Peringkat Daerah Gombak itu yang melibatkan 30 sekolah rendah pada 8 Jun lepas.
Pengarah Kesihatan Negeri Selangor DrĀ Ummi Kalthom Shamsudin sebelum ini dilaporkan berkata mana-mana individu berkaitan yang mengalami gejala dimintaĀ segera mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan bagi mengelakĀ komplikasi keracunan makanan yang tidak diingini.
Sebelum ini jabatan itu memaklumkan seramai 82 daripada 247 orang dikesan mengalami gejala keracunan makanan selepas memakan makanan pada program tersebut.Ā – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.


